Kata pendahuluan

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah diizinkan kami membuat blog yang bertemakan Islam. Tujuan kami mewujudkan blog ini adalah untuk membongkar tentang gejala sosial yang tidak ada batasan lagi bagi remaja Islam sekarang. Kami berharap agar blog ini mendapat sambutan daripada umat Islam dan bukan Islam. Dengan izin Allah s.w.t blog ini akan dapat memberi banyak manfaat dan ilmu yang kalian akan diperolehi. Akhir kalam dari kami,kami memohon maaf jika ada kesilapan secara tidak kami sengajakan. Doakan kejayaan kami ini. Shukran.

Al-Quran With Jihad For Islam

Tiada masa untuk membaca al-Quran di rumah? Mungkin kerana kesibukan kerja. Kini al-Quran didatangi dengan versi flash yang boleh diselak seperti helaian al-Quran. Al-Quran secara maya ini dibawakan khas oleh quranflash.com dan boleh diakses dengan lebih mudah dengan menekan link di bawah:

Jihad For Islam Al-Quran Versi Flash

Al-Fatihah

Couple Itu Haram!!

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."


Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya. .
************habis**************

“Nikah-conecting people”

Dipetik dari laman web”I luv islam”
Diolah oleh: Muhammad alif bin aaisa
“islam is just awesome”

CINTA OH CINTA…

Cinta adalah isu lama, selama kewujudan Nabi Adam a.s. melihat sepasang burung yang bercinta, tumbuhlah perasaan itu di dalam hati baginda. Allah S.W.T menciptakan Siti Hawa a.s. untuk melengkapkan perasaan tersebut.

Malangnya cinta kepada makanan (buah khuldi) dalam taman larangan yang menjadi lambang nafsu kehidupan duniawi menyebabkan baginda dicampakkan ke dunia.

Dan cinta juga yang menaikkan semangat Nabi Adam a.s. untuk menyeberangi Titian Adam (Adam’s Bridge) dari puncak pergunungan Sri Lanka ke benua kecil India. Lantas baginda mengharungi hutan belantara , melangkahi banjaran gunung ganang, menapak padang pasir dan merentas benua.

KORBAN PERCINTAAN

Kesusahan ini melambangkan korban percintaan semata-mata untuk bertemu kekasihnya Siti Hawa di Padang Arafah. Sedangkan Siti Hawaa cuma berkorban kesusahan penderitaan perjalanan dari Jeddah (di mana Siti Hawa diturunkan dari Syurga) ke Padang Arafah. Padang Arafah merupakan simbol penyatuan umat seluruh dunia. Di situ jugalah Rasulullah menyampaikan Khutbatul Wida’ (Khutbah Terakhir) sebelum wafat.

Cinta bertemu di Padang Arafah. Kecintaan kepada Allah berhimpun di Padang Arafah. Dan Rasulullah menyimpulkan kecintaan baginda kepada umatnya juga di Padang Arafah.

PENCABULAN CINTA

Begitu sucinya cinta, justeru kenapa dicabuli umat akhir zaman dengan perlakuan murahan. Cinta akhir zaman bercampur baur dengan nafsu kehaiwanan. Namun cinta sejati tetap ujud. Selagi bulan dan matahari bersinar cahaya, selagi matahari belum terbit di ufuk barat, pertembungan sifat malaikat dan syaitan ini akan bertarung di medan syahadah.

Orang yang berjaya mengawal nafsunya akan dikalungkan dengan mahkota cinta suci. Tetapi orang yang tewas hanya mendapat cinta murahan dan nikmat sementara yang tetap akan disoal oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak.

CINTA MURAHAN

Pelakonnya manusia, pentasnya dunia. Di sebelah kanan terdapat juri malaikat amalan kebaikan. Di sebelah kiri terdapat juri malaikat amalan kejahatan.

Sayang seribu kali sayang, anak muda generasi siber kini amat mudah tertarik dengan pujuk rayu syaitan. Syaitan yang membawa peralatan yang lengkap seperti wanita, harta, dan takhta. Syaitan menggunakan media globalisasi sejagat disokong oleh konco-konconya yang bernama hiburan, dadah, kemodenan, dan isme-isme yang karut marut.

Anak remaja hari ini perlukan jati diri yang mantap dan pendirian yang kukuh. Dada mereka mesti didinding oleh iman yang utuh. Mulut mereka mesti dibasahi dengan zikrullah dan ayat-ayat suci al-Quran serta hadis Nabi. Jasad mereka harus dibesarkan dengan rezeki yang halal lagi bermutu.

RAJA HATI

Anggota pancaindera mesti bergerak atas arahan raja hati (qalb) nan sejahtera. Seluruh sinaran mata, pendengaran telinga, sentuhan jari jemari, hembusan nafas turun dan naik bertasbih kepada Allah S.W.T., tunduk dan patuh kepada perintah-Nya.

Natijah dari insan-insan yang lahir dari kelompok ini barulah mampu berhadapan dengan pancaroba dunia hari ini.

SALAHKAH BERCINTA???

REMAJA selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah tabi’e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah naluri (instinct) setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya. Jika salah, masakan tuhan mengurniakan rasa cinta? Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dikurniakan-Nya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan.

Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Justeru, DIA juga telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia, khususnya para remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya ’cinta terlarang’ – yakni cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan dari Allah

Ketika itu fitrah akan bertukar menjadi fitnah. Bila kehendak tabi’e tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan Allah, maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Jadi janganlah kita hanya mengakui cinta itu dari Allah, tetapi akuilah juga adaNya peraturan cinta – yang juga datang dari Allah.

JANGAN PUTUS ASA DALAM MENCARI... ORANG YANG BAIK.

INSYA-ALLAH AKAN DITEMUI.

”SAYANGILAH SIAPA SAJA YANG ADA DI BUMI, NESCAYA KALIAN DISAYANGI SESIAPA SAJA YANG ADA DI LANGIT.”

-Hadis riwayat At-Thabrani dan Al-Hakim.

Hasil nukilan: Muhammad Azim bin Haji Hamidun

Presiden Jihad For Islam.

Diambil dan diolah dari novel ‘Tentang Cinta’ karya Pahrol Mohd. Juoi.

Ceramah yang disampaikan oleh Dr. Zakir Naik di World Trade Centre, Dubai, United Arab Emirates pada 13 Oktober 2005.

Kita tahu pada hari ini bahawa media antarabangsa sama ada media cetak, media audio, media video, komputer atau IT, surat khabar antarabangsa, majalah antarabangsa, siaran radio, laman web, ataupun siaran televisyen banyak menyiarkan maklumat yang salah mengenai agama Islam. Banyak salah faham mengenai agama Islam disebarkan mealui medium media antarabangsa ini.

Kita boleh dapati siaran berita antarabangsa ada yang menyatakan, ” War on Terror” (Peperangan Menentang Kebebasan) atau ”War for Peace” (Peperangan Untuk Mencapai Keamanan). Sebenarnya, apa yang mereka sedang lakukan bukannya ”War For Peace”, tetapi ”War On Peace”, ataupun perang ke atas ’Agama Yang Membawa Kesejahteraan’, iaitu Islam.

Kita dapati pada hari ini, bahawa media massa antarabangsa secara umumnya menggambarkan bahawa Islam merupakan yang membawa keganasan; sebuah agama yang tidak mahukan keamanan di dunia ini.

Malangnya, umat Islam pada hari ini tidak melakukan sebarang respon terhadap kenyataan media yang mempunyai banyak teknik dalam menyebarkan fahaman yang salah mengenai agama Islam.

Strategi pertama: Mengambil contoh ’Kambing Hitam’ dalam masyarakat Islam dan menggambarkan mereka sebagai ’muslim contoh’.

Secara tidak langsung mereka menggambarkan bahawa Islam adalah sebuah agama yang menggalakkan perbuatan yang salah ini. Kita tidak boleh menafikan bahawa terdapat ’kambing hitam’ di dalam masyarakat Islam.

Terdapat sebahagian umat Islam yang melakukan perbuatan yang salah dan dilarang. Tetapi media antarabangsa tidak sepatutnya mengambil contoh beberapa orang ini untuk mengatakan bahawa Islam menggalakkan pengikutnya melakukan perkara yang bertentangan dengan konsep kemanusiaan.

Kita juga tahu bahawa media pada hari ini sibuk menggembar-gemburkan bahawa madrasah-madrasah perlu diharamkan. Mengapa? Kerana sistem madrasah melahirkan individu-individu yang melakukan keganasan dan mencabar keamanan sejagat. Tetapi alhamdulillah, saya berpeluang untuk mengenali ribuan individu yang keluar dari sistem madrasah Islam, namun saya tidak pernah berjumpa dengan seorang pun yang menggalakkan serta melakukan keganasan.

Namun ia tidak bermakna bahawa tidak ada dari kalangan mereka yang keluar dari sistem madrasah yang melakukan perkara yang salah ini. Mungkin ada sebilangan kecil, tetapi saya yakin bilangan mereka adalah kurang dari 1%. Namun pihak media masih lagi menyebarkan fahaman bahawa mereka yang keluar dari madrasah ini kesemuanya pengganas yang tidak suka kepada keamanan di dunia ini.

Sejarah memberitahu kita pada hari ini bahawa individu yang membunuh paling ramai manusia di dalam dunia adalah Adolf Hitler. Ini adalah pengetahuan am. Tetapi sila beritahu saya dari madrasah mana Hitler dikeluarkan? (Tepukan)

Kumpulan mafia yang ada pada hari ini... Pengedar dadah terbesar di dunia... Dari madrasah manakah mereka dikeluarkan? Perhatikanlah senarai penjenayah-penjenayah yang paling top di dunia, dari madrasah mana mereka datang?

Saya tidak mahu mengambil kira label yang diberikan oleh pihak media kepada pengganas nombor satu yang dilakukan tanpa sebarang bukti. Saya mahukan mereka yang sudahpun berada di dalam penjara; mereka yang benar-benar telah dibuktikan bersalah. Dan saya yakin anda akan mampu jumpa walau seorang pun dari mereka yang datang daripada sistem madrasah. Malah sebahagian mereka merupakan graduan yang lahir daripada sistem universiti yang formal dan sistematik.

Jika seseorang itu mahu menilai agama Islam, dia tidak boleh menilai berdasarkan perbuatan penganut-penganutnya atau kelakuan masyarakat Islam secara umumnya. Jika seseorang itu mahu menilai agama Islam, dia haruslah menilai berdasarkan sumber yang sah iaitu al-Quran dan Hadis yang sahih. Saya mencabar anda semua untuk tunjukkan kepada saya mana-mana ajaran daripada al-Quran dan Hadis yang bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat.

Bayangkan jika anda ingin menguji sebuah kereta yang terbaru di pasaran, seperti contoh Mercedes-Benz 600. Tetapi pemandunya tidak tidak cekap dan tidak tahu memandu kereta tersebut dengan betul lalu mengalami kemalangan. Siapakah yang akan dipersalahkan? Kereta atau pemandunya? Sepatutnya pemandunyalah yang patut dipersalahkan. Anda tidak boleh mempersalahkan kereta tersebut.

Jika anda ingin menguji sesebuah kereta, anda harus lihat kepada spesifikasi kereta tersebut. Berapakah kelajuannya, apakah ciri-ciri keselamatan yang dimiliki... Kemudian barulah anda dapat mengetahui sama ada bagus atau tidak kereta tersebut. Dan jika sesebuah kereta ingin dipandu uji, anda haruslah meletakkan pemandu yang pakar di tempat duduk pemandu.

Begitu juga dengan Islam. Jika anda ingin menilai agama Islam berdasarkan sifat-sifat yang dimiliki oleh pengikutnya, contoh terbaik yang kita ada ialah Nabi Muhammad s.a.w. (Tepukan). Jangan lihat kepada saya mahupun mana-mana penganut Islam, lihatlah kepada individu yang ’pakar’ dan tahu untuk menuruti seluruh ajaran Islam, dan individu tersebut ialah Nabi dan Rasul yang terakhir, iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Strategi Kedua: Mereka merujuk ayat-ayat al-Quran luar dari konteks asalnya

Antara ayat al-Quran yang paling banyak dirujuk luar dari konteks ialah ayat dari surah At-Taubah ayat 5 yang bermaksud, ”Bunuhlah orang-orang musyrik di mana sahaja kamu menjumpai mereka.” Dan jika kamu buka al-Quran, ayat tersebut memang benar-benar ada di situ. Namun, ayat ini sebenarnya telah diambil luar dari konteksnya.

Konteks ayat ini yang sebenar bermula beberapa ayat sebelumnya, yang menyebutkan tentang perjanjian damai yang dilakukan antara orang-orang Islam dan kaum musyrikin Mekah pada zaman nabi. Namun perjanjian ini telah dimungkiri oleh kaum musyrikin Mekah.

Justeru, ketika Allah mewahyukan ayat ke-5 dari surah At-Taubah, Allah telah pun memberikan amaran kepada mereka dan memberikan tempoh selama 4 bulan untuk memperbaiki keadaan dan mematuhi perjanjian, jika tidak perang akan diisytiharkan.

Kemudian di dalam medan peperangan, Allah berkata kepada umat Islam supaya jangan takut dan gentar. Beranikan diri dan bunuhlah orang-orang musyrik di mana sahaja kamu menjumpainya.

Mana-mana general askar sekalipun, ketika memberikan semangat kepada pasukan askarnya sebelum memulakan peperangan, adalah satu kebiasaan untuk mengatakan, ”Bunuhlah pasukan musuh walau di mana sahaja kamu menjumpai mereka.” Dia tidak akan mengatakan, ”Di mana sahaja kamu menjumpai musuh, menyerahlah untuk kamu dibunuh.” Justeru ayat 5 dari surah Taubah ini merujuk kepada konteks di dalam suasana peperangan. (Tepukan)

Saya beri contoh peperangan yang berlaku antara Amerika dan Vietnam beberapa tahun dahulu, ketika Presiden Amerika mengatakan pada askar-askar Amerika untuk menaikkan semangat mereka, ”Di dalam medan peperangan, jika kamu menjumpai orang Vietnam, bunuhlah mereka.”

Tetapi jika saya ambil ayat ini luar dari konteksnya dan mengatakan Presiden Amerika memerintahkan untuk membunuh orang-orang Vietnam di mana sahaja kamu menjumpainya pada hari ini, maka saya seolah-olah mengatakan bahawa beliau merupakan pembunuh kejam. Kerana apa? Kerana kenyataan ini telah diambil luar dari konteks asalnya.

Kebiasaan seterusnya ialah mereka meletakkan titik (pengakhiran) kepada satu-satu ayat al-Quran ataupun melompat ke beberapa ayat seterunya sehingga memberikan makna yang berbeza. Sebagai contoh, Arun Shourie, seorang penulis, ahli politik dan pengkritik yang berasal dari India, di dalam bukunya ’The Worls of Fatwas’, selepas menjelaskan ayat 5 dalam surah At-Taubah, terus melompat ke ayat 7. Anda tahu mengapa? Kerana ayat ke-6 mengandungi penyelesaian terhadap masalah yang beliau timbulkan.

Ayat 6 surah Taubah bermaksud, ”Dan jika seseorang dari kaum musyrik mahukan perdamaian, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar ayat-ayat Allah kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang aman.”

Seorang pegawai tentera yang paling baik pada hari ini pun hanya akan mengatakan, ”Jika seseorang musuh mahukan pendamaian dari kamu, maka lepaskan dia. ”Tetapi al-Quran tidak begitu. Al-Quran mengatakan kaum musyrikin inginkan perdamaian, jangan biarkan mereka begitu sahaja. Beri mereka perlindungan supaya mereka sempat mendengar keterangan-keterangan Allah, kemudian hantarlah mereka ke mana-mana tempat yang aman.

Seterusnya, jika kamu perhatikan kebanyakan ayat di dalam al-Quran, ketika memperkatakan tentang peperangan, ayat berikutnya adalah ”Tetapi keamanan atau perdamaian itu adalah lebih baik,” kerana Islam adalah agama kesejahteraan.

Strategi Ketiga: Memberi maksud yang salah kepada ayat al-Quran ataupun hadis Nabi.

Strategi Keempat: Menisbah sesuatu yang bukan daripada agama Islam kepada Islam.

Strategi Kelima: Menyatakan sesuatu fakta yang benar mengenai Islam, tetapi memberikannya sudut yang berbeza.

Apa yang mereka katakan sebagai masalah kepada umat manusia, iaitu ”Islam adalah masalah kepada umat manusia”, namun sebenarnya Islam bukanlah masalah kepada umat manusia, tetapi penyelesaian terhadap masalah umat manusia. (Tepukan)

Saya boleh memberikan satu lagi ceramah mengenai ”Islam, penyelesaian dan bukannya masalah kepada umat manusia”, tetapi masa tidak mengizinkan saya untuk membuat demikian. Namun, inilah dia strategi-strategi yang digunakan oleh media massa untuk memburuk-burukkan imej Islam.

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun

Jangan terus berdosa

Hal seperti ini telah banyak berlaku.....Perkara yang saya maksudkan ialah ramai remaja zaman sekarang tidak suka akan kebaikan malah meraka akan membenci orang yang berbuat baik atau menasihati mereka mungkin telah menjadi adat untuk orang membuat kebaikan.Kita hanya mampu bersabar....Sebagai contoh terdekat ialah apabila di sekolah jika kita menasihati sesiapa sahaja yang melakukan maksiat atau kesalahan seperti dating,memakai kain singkat yang juga menjadi trend pelajar zaman sekarang...Apabila dinasihati mereka pasti melemparkan kata2 yang kurang sopan seperti "poyo la ko","berlagak baik","macam ko bagus sangat" dan macam2 lagi...Mereka yang berkata begina tidak sedar bahawa mereka seolah2 benci akan kebaikan sedangkan kebaikan itu adalah datangnya dari Allah dan hanya syaitan sahaja benci akan kebaikan....Natijahnya,janganlah kita membenci akan kebaikan kerana hanya syaitan laknatullah sahaja yang tidak suka akan kebaikan.....

DR. ZAKIR ABDUL KARIM NAIK

Berlatarbelakangkan bidang kedoktoran, Dr. Zakir Abdul Karim Naik merupakan seorang pakar dalam bidang perbandingan agama di peringkat antarabangsa. Beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang sangat mantap dan berkesan, menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti kitab Bible, kitab Veda, kitab Bhagwad Geeta, kitab Upandishads dan banyak lagi.

Dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India, beliau juga terkenal dengan kebolehannya mematahkan hujah pihak lawan serta memberikan jawapan yang meyakinkan terhadap persoalan-persoalan yang dikeukakan secara spontan.

Menjelang tahun 2002, beliau sudahpun memberikan lebih daripada 1000 ceramah di peringkat antarabangsa seperti di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Guyana (Amerika Syarikat) dan banyak lagi termasuklah ceramah di tempat asal beliau sendiri; India.

Dr. Zakir mendapat pendidikan awal St. Peter’s High School (I.C.S.E.), Mumbai sebelum ke Kishinchand Chellaram College, Mumbai dan Topiwala National Medical College, Nair Hospital, Mumbai. Akhirnya, beliau mendapat ijazah Kedoktoran dalam bidang perubatan, M.B.B.S. ( Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery) di University of Mumbai, India.

Beliau aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dialog antara agama, dan antara yang paling berjaya adalah dialog bersama- sama Dr. William Campbell (Amerika Syarikat) pada 1 April 2000. Beliau digelar seorang individu yang tidak asing lagi dalam dunia perbandingan agama; Sheikh Ahmad Deedat, sebagai ‘Deedat Plus’ pada tahun 1994.

Beliau juga menerima anugerah daripada Ahmad Deedat yang terpahat padanya : “ Son, what have you done in 4 years had taken me 40 years to accomplish, Alhamdulillah. “ Ia bermaksud, “ Wahai anak muda, apa yang telah kamu lakukan dalam masa 4 tahun mengambil masa 40 tahun bagi saya untuk mencapainya. Alhamdulillah.”

Beliau sering dijemput untuk menyampaikan ceramah di beberapa stesen televisyen dan radio di pelbagai negara, dan kini ratusan daripada video rakaman ceramah beliau boleh didapati dalam bentuk pita video dan cakera padat (CD).

Beliau kini telah meninggalkan karier beliau sebagai seorang doktor perubatan untuk menumpukan seluruh masa dan tenaga beliau untuk aktiviti dakwah islamiyah. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Presiden Islamic Research Foundation (I.R.F.), Pengerusi I.R.F. Educational Trust, dan Presiden Islamic Dimensions, Mumbai.

Antara buku-buku yang telah dikarang oleh Dr. Zakir termasuklah Replies To The Most Common Questions Asked by Non-Muslims, Quran and Modern Science – Compatible or Incompatible, Concept of God Or Subjected?, Al-Quran- Should It Be Read With Understanding?, Is The Qur’ an God’s Word? dan banyak lagi.

ISLAMIC RESEARCH FOUNDATION

Islamic Research Foundation yang diasaskan pada bulan Febuari 1991 merupakan satu pertubuhan rasmi yang tidak berasaskan keuntungan yang berperanan menyebarkan dakwah serta mesej Islam kepada masyarakat, sama ada Islam mahupun bukan Islam.

Kerja-kerja yang dihasilkan oleh IRF termasuklah buku-buku, dokumentari dan video-video ceramah telah sampai ke jutaan manusia di serata dunia melalui siaran TV satelit antarabangsa, Internet dan media cetak; kebanyakannya menumpukan kepada memberikan kefahaman terhadap kebenaran dan kesempurnaan agama Islam berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadis sahih dan juga logik akal.

Islamic Research Foundation dinaungi oleh Dr. Zakir Abdul Karim Naik. IRF boleh dihubungi di alamat:

56/58 Tandel Street (North),
Dongri, Mumbai – 400 009 India.
Tel: (0091-22) 23736875 (8 lines)
Fax: (0091-22) 23730689
Laman web di www.irf.net
Saksikan perbincangan bersama-sama kami mengenai MEDIA DAN ISLAM; BERPERANG ATAU BERDAMAI yang disampaikan oleh Dr. Zakir Naik di posting yang akan datang.

GEJALA SOSIAL YANG MELAMPAU!!!!!!

Pada era globalisasi ini anak muda semakin mudah dan bebas bersosial,sudah tiada erti lagi bagi mereka halal dan haram tentang pergaulan.Bergurau senda hingga mendatangkan ftnah terhadap masyarakat.Nak berkawan n bersosial boleh tapi ingatlah adab ketika bergaul.yang mana haram tak payahla dibuat.Penat ustaz ngan ustazah korang ajar tentang adab tapi korang buat jugak pegang-pegang tangan orang yang bukan muhrim korang.Padahal nikah pun belum ada hati nak pegang sini pegang sana.Pe la korang ni!malu la sikit korang tu umat islam,Islam pulak agama yang suci,korang tak payahla nak hilangkan kesucian agama Islam!dah tak takut ngan neraka dan bala Allah yang dasyat dan perit ke????dah cukup hebat ke???sedangkan Saidina Umar Al-Khatab yang gagah perkasa tu pun tunduk n sujud kat Allah.Sepatutnya kita saling nasihat menasihati dan kalau dinasihatkan oleh sesiapa tu janganla nak berlagak pulak,kita semua ni asal dari benda yang hina jugak iaitu air mani.So,janganla nak berlagak hebat pulak.Ingat!mencegah kemungkaran adalah kerja kita semua bukannye kerja ulama` dan ustaz je.

Kesimpulannya ayuhlah kita menjaga nama Islam yang suci dan datangnya daripada Allah s.w.t dan marilah kita berpegang dengan ayat Al-quran yang bermaksud:

‘Dan janganlah kau mendekati zina.”

Ingatlah lelaki itu adalah syaitan yang menggoda wanita dan wanita adalah syaitan bagi lelaki yang sering menguji nafsu…..

Hasil nukilan: Mohamad Nurul Azmi bin Koyube

Penolong Presiden Jihad For Islam

Wahai Remaja Islam

Remaja. Satu nama yang banyak orang kaitkan dengan usia berseronok-seronok atau lebih sinonim dengan perkataan Inggeris iaitu ’time to enjoy’. Masa para remaja di zaman sekarang lebih banyak diluangkan dengan aktiviti kurang berfaedah, banyak membuang masa dan lebih cenderung untuk terlibat dengan gejala sosial. Kebanyakan remaja lebih banyak menghabiskan masanya di bawah lampu jalan, kafe siber, dan di pusat-pusat snooker. Segala masa yang ada dihabiskan dengan bersembang dan borak-borak kosong.


Saya bercakap berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah lama saya lakukan. Adalah menjadi kewajipan saya sebagai wakil salah seorang remaja Islam untuk mengemukakan dan membincangkan tentang perihal remaja bermasalah zaman sekarang. Saya mulakan dengan, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh pembuka bicara sebagai langkah kanan dari kami Jihad For Islam.


Orang tua-tua selalu dikaitkan dengan kedai kopi. Duduk bersila panggung sambil membaca surat khabar jawi dan sepuntung rokok gulung di bibir. Bagaimana pula dengan para remaja?


Secara jujurnya, saya merasa amat sedih apabila anak-anak remaja bermasalah ini dicop sebagai mat rempit, bohsia, mat pet, dan sebagainya. Mereka tidak wajar digelar sebegitu rupa. Bagi saya, remaja ini bukannya tidak kenal dunia, tetapi mereka boleh dikatakan kurang didikan. Mereka boleh membezakan antara baik dan buruk ketika ditanya tetapi banyak diantara mereka yang memilih jalan yang salah. Bukan mereka mahu untuk mati katak di tengah jalan, tetapi keinginan mereka, nafsu mereka umpama derauan adrenalin yang mendorong mereka untuk terus berlumba, mengambil dadah, melakukan seks bebas dan sebagainya. Satu rancangan terbitan TV3 yang saya tontoni ada melakukan temu ramah dengan seorang pelacur, wartawan berkata, ” kenapa kamu tidak mahu berhenti dari melacur? Adakah kamu tahu apakah hukumnya?” Beliau menjawab, ” Alah bang, tau. Kalau nak terus buat, berdosa, tapi kalau nak berhenti, rugi pulak.” Mashaallah. Sampai hatinya untuk berkata begitu. Kemana perginya Islam? Tidakkah remaja itu beringat kepada Allah? Kemanakah perginya iman? Mana perginya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak? Tahu hukum agama tentang berzina, katanya berdosa, tetapi perkataan DOSA itu seperti tidak diambil peduli. Seperti perkataan dosa itu hanya di hujung lidah. Hanya untuk disebut. Tidakkah mereka memikirkan tentang azab Allah di hari akhirat? Mungkin mereka tidak mementingkan perkara sebegitu. Mungkin juga disebabkan mereka tidak dapat melihat sendiri bagaimana pedihnya azab yang bakal diterima. Andai kata azab di neraka boleh dilihat seperti di kaca televisyen, rasanya tidak ada orang yang sanggup menyebut perkataan dosa itu sendiri. Mungkin mereka alpa. Terkejar-kejar akan cinta, kekasih, dan perihal duniawi. Mashaallah. Apalah yang nak jadi dengan dunia ni. Barangkali kiamat sudah dekat.


Banyak pemerhatian yang saya dilakukan adalah berdasarkan teman-teman terdekat. Jika mereka melakukan perkara yang boleh mendatangkan dosa, saya sekurang-kurangnya akan menegur dengan baik atau secara sindiran. Insyaallah, dengan teguran dan sindiran tadi akan timbul rasa insaf di dalam hatinya dari melakukan perbuatan berdosa. Alhamdulillah. Teman-teman memahami dan menerima dengan hati terbuka kerana memahami niat saya untuk menasihat.


Pemerhatian demi pemerhatian saya lakukan dan satu lagi masalah gejala sosial telah saya rungkaikan iaitu ’pergaulan bebas’. Pergaulan bebas sebenarnya merupakan salah satu faktor penggerak saya untuk mewujudkan laman blog ini. Saya melihat, ramai diantara rakan sebaya yang tidak mementingkan cara mereka bergaul tidak kiralah samada lelaki bersama-sama perempuan ataupun sebaliknya. Di dalam pemerhatian saya, mereka tidak langsung mementingkan jarak antara satu sama lain (ajnabi) – orang yang layak dikahwini yang terbatal air sembahyang jika bersentuhan. Seeloknya kita contohi teladan pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh aliran agama. Sekiranya terserempak dengan perempuan di kaki lima, hendaklah bagi yang lelaki untuk ketepi dan memberikan laluan kepada perempuan dalam jarak sehasta. Bagi saya, contoh seperti ini patut dicontohi oleh para remaja jika berjumpa dengan perempuan. Selain dari nampak lebih gentle di hadapan perempuan, ianya juga dapat mengelakkan dari timbul rasa niat jahat di dalam hati seorang lelaki untuk melakukan tindakan kurang sopan terhadap seorang perempuan.


Kewujudan Jihad For Islam merupakan satu usaha keras saya dan beberapa rakan sekelas yang lain untuk terus berdakwah kepada para remaja. Adalah menjadi kebanggaan saya sebagai Presiden untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, para pembaca, dan semua individu yang telah banyak menyumbang dalam menjayakan Jihad For Islam. Apa yang telah saya karangkan di atas hanyalah sekadar permulaan Jihad For Islam. Insyaallah, Jihad For Islam akan diupdate hampir setiap hari dengan isu-isu semasa yang akan dibincangkan bersama. Harap para pembaca boleh meninggalkan komen di bawah agar prestasi Jihad For Islam akan terus meningkat. Sekian, wassalam.



Hasil nukilan: Muhammad Azim bin Haji Hamidun


Presiden Jihad For Islam

Irsyadee feat. Hafiz Hamidun - Taubat Seorang Hamba

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun a.k.a. azim6709 Artis: Irsyadee feat. Hafiz Hamidun

All For Ummah - Sentosa (For The Peace Of Gaza)

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun a.k.a. azim6709 Komposer/lirik: Hafiz Hamidun Artis: All For Ummah Editor: Khairul Nizam bin Haji Hamidun