Kata pendahuluan

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah diizinkan kami membuat blog yang bertemakan Islam. Tujuan kami mewujudkan blog ini adalah untuk membongkar tentang gejala sosial yang tidak ada batasan lagi bagi remaja Islam sekarang. Kami berharap agar blog ini mendapat sambutan daripada umat Islam dan bukan Islam. Dengan izin Allah s.w.t blog ini akan dapat memberi banyak manfaat dan ilmu yang kalian akan diperolehi. Akhir kalam dari kami,kami memohon maaf jika ada kesilapan secara tidak kami sengajakan. Doakan kejayaan kami ini. Shukran.

Al-Quran With Jihad For Islam

Tiada masa untuk membaca al-Quran di rumah? Mungkin kerana kesibukan kerja. Kini al-Quran didatangi dengan versi flash yang boleh diselak seperti helaian al-Quran. Al-Quran secara maya ini dibawakan khas oleh quranflash.com dan boleh diakses dengan lebih mudah dengan menekan link di bawah:

Jihad For Islam Al-Quran Versi Flash

Al-Fatihah

Sebenarnya tidak perlu diperkatakan. Bukan sahaja dibincangkan di dalam ceramah di masjid malah isu ini telah dibangkitkan di seluruh dunia. Isu pemakaian telah menjadi isu yang sering menjadi bualan hangat oleh kebanyakannya pihak non-muslim yang sering menyangkal penceramah pihak Islam ketika berceramah.


Sebenarnya sudah berbuih mulut mengatakan yang pakailah pakaian yang menutup aurat. Yang dengar tu baguslah. Tapi pihak yang keras kepala inilah yang merupakan ‘black sheep’ di dalam Islam. Black sheep dari segi maksudnya ialah kambing hitam, dari segi istilah black sheep itu sendiri mempunyai maksud yang tersendiri. Black sheep di sini bermaksud golongan orang-orang yang mencacatkan sesuatu yang indah dan baik. Diringkaskan, golongan inilah yang membuatkan Islam dipandang serong oleh masyarakat Muslim ataupun non-Muslim.


Sedang menahan bas, berseluar separa pendek, memakai baju ketat dengan sweater, tidak bertudung, dan auratnya bocor sana sini. Begitulah pemandangan yang saya lihat ketika berada di dalam kereta untuk hendak pulang ke Changkat Jong, Teluk Intan. Sekali imbas dari jauh, nampak macam orang non-Muslim. Makin dekat, muka macam orang melayu. Dekat sikit lagi, nampak macam perempuan. Bila dah berselisih, segala pertanyaan terjawab. Seorang muslim, jantina perempuan, anak melayu tetapi berpakaian seperti orang ¾ (tiga suku). Ibu saya yang sedang memandu pun masih sempat bertanya, “budak melayu ke tu??? Nampak macam Cina je”. Saya pun menjawab, “a’ah, budak melayu. Dah tak ada adab berpakaian. Tak fikir batasan agama dah tu. Fikir gaya jee”. Mula-mula fikir, betul ke tak apa yang saya katakan tadi. Sekali fikir mungkin saya keterlaluan. Aahh… Itu semua hasutan syaitan. Orang macam nih tak boleh dibagi muka. Kalau boleh, time tu juga saya nak beri ceramah dan teguran. Kerana sesungguhnya Nabi SAW mengatakan, “Barang siapa melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Sekiranya dia tidak mampu, hendaklah mengubahnya dengan lidah, dan sekiranya dia tidak mampu, hendaklah mengubahnya dengan hati”. Tapi apakan daya, saya berada di dalam kereta yang bergerak. Nak tegur dah terlambat, jadi tindakan terbaik adalah mengubahnya dengan hati iaitu dengan membenci perkara tersebut.


Alam sekolah menengah sememangnya alam persekolahan yang boleh dianggap paling menyeronokkan. Tetapi di alam ini jugalah para remaja mula mengenal dunia dan terikut-ikut trend zaman sekarang. Sekali lagi, the ladies are going to be the main title.

Orang tua-tua selalu mengatakan, “nak jaga sekandang lembu lagi senang dari bela seorang anak perempuan”. Trend pakai kain singkat atau lebih dikenali dengan panggilan kain banjir… Sudah banyak kali saya menegur pemakainya tetapi masih macam tuuu jugak… Hmmm… Saya pun tak faham, apelah yang nak ditunjukkan kaki tu??? Cantik sangat ke??? Sepatutnya dijagalah kaki tu. Katakanlah sedang asyik berkain singkat, tiba-tiba Allah tarik balik kurniaan kaki kita tu. Terus tak ada kaki. Dah kudung. Hmphhh… Kesian. Lepas tu ada pulak trend stoking pendek. Sebenarnya stoking pendek tu dicipta oleh orang non-Muslim bagi kegunaan mereka. Kita yang Islam pula ambil ciptaan mereka tu dan lepas tu kita pun nak jadi non-Muslim. Semuanya dah jadi serba tak kena. Yang perempuan kenalah pakai stoking panjang yang masih boleh menutup aurat walaupun kain terselak menampakkan buku lali kala ditiup angin. Yang boleh pakai stoking pendek ni sebenarnya lelaki. Tetapi sekarang ni dah terbalik, lelaki pakai stoking panjang sebab banyak chips more kat kaki tu. Huh???????? Semuanya sudah di luar tabi’i…..


Sebenarnya masih banyak yang perlu diperbetulkan. Ilmu yang kita ada sebenarnya masih terlalu sedikit kerana kejahilan diri dan juga lumrah manusia yang bersifat pelupa. Kita sebenarnya perlu mendampingi guru dan para ulama’ untuk menjamin kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat. Sekian dari saya, Muhammad Azim, Wassalam…

Cuba bayangkan situasi ini. Seorang pelajar mengambil senaskhah surat khabar di atas meja, sementara menunggu pensyarah memulakan pengajaran. Kemudian, di lihat olehnya, pada muka hadapan akhbar tersebut. Gambar sekumpulan khinzir, bersama seorang budak kecil lelaki. Gambar tersebut bertempat di sebuah ladang, di Kaherah, selepas kerajaan Mesir memberi arahan untuk membunuh beribu-ribu ekor khinzir, ekoran daripada penyakit selsema babi yang kini sedang melanda dunia. Terkeluar ayat dari mulut pelajar tersebut, "eiyy.. Geli nya." Segera surat khabar itu di lepaskan daripada pegangan. Si kawan melihat akhbar tersebut, sambil berkata di dalam hati, "oo, babi ke? Tak pasal-pasal je makhluk ni kena bunuh."
Penularan penyakit ini telah menyebabkan haiwan yang dikelaskan sebagai mamalia ini, dituduh sebagai punca utama. Lantas penghapusan terhadapnya dilakukan oleh beberapa negara seperti Mesir dan Iraq. Namun, World Health Organization (WHO), dalam kenyataan yang bertarikh 1 Mei 2009, telah menyatakan bahawa pada peringkat ini, tiada lagi perpindahan jangkitan berlaku antara khinzir dan manusia. Kenyataan ini sedikit sebanyak dapat menyelamatkan beribu-ribu ekor lagi khinzir yang mendiami bumi ini daripada terus dibunuh. Adakah dunia akan aman tanpa khinzir? Sebelum kita melangkah lebih jauh, baik kita selidiki bagaimana soalan ini boleh timbul. Adakah kerana baru-baru ini dunia dikejutkan dengan penyebaran influenza A (H1N1)? Sekali lagi ingin dibawa maklumat daripada WHO bahawa, pada waktu ini, tiada jangkitan virus yang berlaku daripada khinzir kepada manusia. Malah, dilaporkan di Kanada, manusia sendiri yang telah membawa virus ini kepada ternakan khinzir. Jadi, apa yang boleh disimpulkan untuk tempoh masa ini ialah penyebaran wabak ini datangnya daripada manusia, kepada manusia. Maka, perlukah kita menuding jari kepada haiwan ini sahaja, seolah-olah mereka lah punca utama pembawakan virus ini? Kerajaan Mesir dan Iraq telah mengambil langkah mudah dengan menghapuskan sebilangan haiwan ini supaya wabak tersebut tidak akan singgah di negara mereka. Akhirnya tindakan ini dipersoalkan oleh WHO.Jika begitu, apakah lagi? Mengapakah perlunya dikaitkan ‘keamanan dunia' dan ‘khinzir'? Sedangkan sebelum ini, peperangan banyak terjadi antara manusia, dan ianya berlaku di atas muka bumi ini. Adakah dengan meletusnya peperangan, dunia menjadi aman? Tentu tidak! Penindasan dan penghapusan terhadap sekelompok kaum natif atau etnik di sesebuah kawasan, adakah itu namanya keamanan? Apakah namanya keamanan jika ada yang menderita dan terseksa di saat si penguasa bermaharajalela? Jika mahu dikaitkan dengan keamanan dunia sejagat, banyak lagi perkara yang perlu difikirkan, bukan hanya melibatkan sekumpulan haiwan yang kebiasaannya selsema babi ini bermula daripada mereka. Penciptaan dan kejadian khinzir sebagai makhluk Tuhan di atas bumi ini bukanlah sesuatu yang sia-sia. Hal ini adalah kerana semua ciptaan-Nya ada kelebihan dan kegunaannya yang tersendiri. Kita sebagai manusia, sememangnya perlu sedar akan apa tanggungjawab kita di atas muka bumi ini. Kita diperintahkan oleh Pencipta kita Yang Maha Satu, untuk mentadbir dan menjaga alam sebaik yang mungkin. Manusia sebagai makhluk yang dikurniakan dengan akal yang sempurna, perlu menggunakan nikmat tersebut dengan sebaik yang mungkin. Mata digunakan untuk melihat dan otak akan mentafsir setiap inci penglihatan kita. Telinga digunakan untuk mendengar. Tangan, kaki dan setiap anggota badan manusia, punyai kegunaannya yang tersendiri dan perlu untuk dikawal penggunaannya oleh individu tersebut. Mengapa? Kerana dari tangan dan kaki manusia lah alam ciptaan Tuhan kini berada di ambang bahaya. Pencemaran alam dek tangan yang tidak berusaha untuk memeliharanya dengan baik. Penipisan ozon, di mana punca utamanya ialah pembebasan kloroflorokarbon (CFC) sehingga terbentuknya ‘lubang ozon' di Antartika sekitar tahun 1985. Tidak ketinggalan juga, dengan adanya ilmu dan penggunaan teknologi yang tidak terkawal, manusia sendiri yang menanggung akibat, seperti penyakit selsema babi ini.Dinyatakan di dalam surah Al-Imran, ayat 191.
(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, seraya berkata "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka. Melalui ayat ini jelas menunjukkan bahawa mereka yang benar-benar memerhatikan apa yang ada di sekeliling mereka, mahupun apa yang ada pada mereka, akan mengakui kebesaran Penciptanya. Sekaligus, mereka akan menghargai dan berusaha untuk memelihara. Ungkapan "prevention is better than cure"Dewasa ini permintaan terhadap penghasilan daging semakin meningkat iaitu selari dengan penambahan populasi penduduk dunia. Daging yang dimaksudkan tidak terhad kepada daging yang halal bagi umat Islam sahaja, bahkan semua daging yang menjadi sumber protein manusia. Antaranya termasuklah daging babi. China sebagai contoh, membelanjakan anggaran $52 million untuk pembinaan pusat pemprosesan daging babi yang dijangka dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran tahunan kepada 136,000 tan metrik. Di United Kingdom (UK), satu kajian telah dilakukan sebagai usaha untuk meningkatkan lagi mutu daging babi bagi tujuan pemakanan penduduk yang terlibat. Bukan itu sahaja, satu kempen pemasaran babi turut diadakan di UK pada September 2007, dengan tujuan menggalakkan orang ramai menjadikan daging babi sebagai bahan makanan. Penggunaan teknologi di dalam penghasilan daging-daging ini bukan lagi sesuatu yang dagang. Amerika Syarikat misalnya, telah menggunakan kaedah teknologi pemindahan gene (gene transfer) ke dalam haiwan bagi meningkatkan penghasilan daging ke atas sekolompok haiwan. Terdahulu, kajian telah dijalankan ke atas seekor tikus untuk menguji keberkesanan pemindahan gene tersebut terhadap pertumbuhan otot tikus. Hasilnya yang positif dan memberangsangkan menyebabkan kajian dan pemindahan gene ini diteruskan kepada organisma yang lain.Jika dilihat secara kasar, pasti ramai yang akan bersetuju dengan penggunaan teknologi ini. Kenapa tidak? Bukankah teknologi ini mampu menyediakan pasaran jualan daging yang luas kepada pengguna? Melalui teknik dan kaedah ini, haiwan yang dihasilkan akan membesar dengan masa yang singkat kerana pertumbuhan ototnya telah dirangsang dan ditambah pula dengan kehadiran gene baru, yang pasti akan meningkatkan lagi pertumbuhan ototnya. Jadi bolehlah pengguna membeli, memasak dan menjadikannya sebagai hidangan, tanpa perlu berfikir masalah kekurangan stok bekalan. Hal ini adalah kerana stok yang dikehendaki sentiasa mencukupi dan jarang sekali untuk sukar didapati. Lambakan haiwan yang telah mengalami ‘pembaharuan' gene dalam tubuh badan mereka menjadikan pengguna mewah untuk memberi makan kepada tubuh masing-masing.Di New Zealand sebagai contoh. Isu perpindahan gene ini merupakan isu yang agak penting, memandangkan penduduk natif di negara tersebut, iaitu Maori, amat sayang kepada alam mereka. Hal ini adalah kerana bagi penduduk Maori, mereka dan alam tidak boleh dipisahkan dan diciptakan sebagai satu. Jadi, apabila berlakunya pemindahan gene dari satu organisma ke organisma yang lain, hal ini sedikit sebanyak akan mengkucar-kacirkan carta alir keturunan yang sudah tersedia terbentuk. Maka, apabila terhasilnya satu ‘organisma baru' (yang sebenarnya hanyalah pertukaran gene), hal ini akan menjejaskan seluruh keturunan bagi spesis tersebut. Tidak kira tumbuhan mahupun haiwan. Jadi, sebagai langkah untuk mengambil kira pandangan daripada kaum Maori ini, Kementerian Penyelidikan, Sains dan Teknologi negara tersebut, telah menubuhkan satu badan untuk mengambil kira pandangan dari penduduk Maori ini. Menurut sebuah akhbar tempatan New Zealand yang bertarikh 1 Mei 2009, The Dominion Post, di bahagian ‘World', pada waktu ini, masa yang paling singkat untuk kitar hidup seekor ayam ialah 40 hari sahaja. Permintaan pasaran yang meningkat untuk memenuhi keperluan makanan penduduk, sedikit sebanyak membuatkan si peladang terasak. Pemberian hormon dan antibiotik kepada haiwan ternakan berlaku hampir kepada semua peladang. Dalam masa 40 hari, seekor ayam itu boleh menjadi besar dan seterusnya boleh disembelih untuk memenuhi permintaan pasaran yang meningkat dari sehari ke sehari ini. Namun, adakah kita pasti penggunaan hormon dan antibiotik ini, dapat menjamin kesihatan ayam tersebut? Baiknya penggunaan hormon ini ialah ia mampu merangsang penghasilan daging dan telur yang banyak kepada pengguna. Tetapi, bagaimana pula dengan keadaan kesihatan ayam tersebut apabila terlalu banyak hormon ‘dimasukkan' kedalam tubuh mereka?Bukan itu sahaja, apabila penghasilan haiwan melalui teknik agrikultur ini menjadi banyak, ia menyumbang kepada penyebaran pathogen, sama ada sesama mereka mahupun kepada manusia. Apabila terlalu banyak haiwan yang perlu dijaga di dalam sebuah reban atau kandang, adakah kita merasakan ianya sesuai untuk pertumbuhan mereka yang normal? Haiwan ini perlu berasak-asak di dalam kandang, dimana tidak mustahil sesuatu penyakit yang dihidapi oleh hanya seekor, akan senang tersebar kepada haiwan yang lain di dalam kandang tersebut. Cuba kita lihat kembali sejarah selsema babi ini. Sebenarnya wabak ini telah lama wujud di atas muka bumi ini. Cuma, sebelum ini, wabak ini tidak menular kepada populasi manusia secara terbuka. Hanya mereka yang menternak dan terlibat secara langsung dengan penternakan khinzir, mempunyai potensi untuk mendapat wabak ini. Tetapi kini, virus influenza A subtype H1N1 nampaknya merebak dalam kalangan manusia. Bahkan laporan mengatakan bahawa virus ini sebenarnya dibawa oleh manusia. Wabak ini dengan mudahnya merebak ke seluruh dunia melalui penyebaran pathogen oleh seorang manusia kepada manusia yang lain. Maka, bagaimana seseorang manusia itu boleh mendapat wabak ini? Mungkinkah akibat ‘termakan' haiwan yang berpenyakit, ekoran daripada penjagaan yang kurang sempurna? Ataupun kerana ‘terkena' virus daripada haiwan yang berpenyakit di dalam kandang yang kurang sempurna?Bagi mereka yang beragama Islam, pastinya mereka akan lebih peka kepada perkataan ‘termakan'. Hal ini adalah kerana memakan daging haiwan berkenaan, ditegah oleh agama. Semestinya, Allah tidak mengarahkan sesuatu dengan sia-sia, kerana Dia Mengetahui apa yang tidak diketahui oleh hamba-hamba-Nya.Di dalam surah Al-Maidah, ayat 3, Allah berfirman,
Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan daging (haiwan)yang disembelih bukan atas (nama) Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih... Sejauh mana manusia cuba untuk memanipulasi dan mengubah sesuatu kejadian itu untuk menjadikannya lebih berkualiti, lebih enak mahupun lebih banyak dari segi kuantiti; tetapi jika Tuhan mengatakan ianya tidak sesuai untuk dimakan, maka, ia perlu untuk dijauhi. Apa guna ia dibiakkan kepada suatu jumlah yang besar, jika kelak akan menyebarkan penyakit kepada manusia. Apa guna ia dimasukkan dengan gene yang baru untuk tujuan mendapatkan daging yang lebih banyak, jika kelak ianya akan menyebarkan virus berbahaya kepada kehidupan dunia. Apa yang paling penting ialah, jika kita benar-benar punya perasaan empati, mengapa perlu ditempatkan haiwan-haiwan ini di dalam kawasan yang kurang kondusif? Yang akhirnya akan membawa kepada penyebaran penyakit dengan mudah sesama mereka, akhirnya akan menyusahkan kita dan kehidupan lain.Namun, perkembangan teknologi dalam bidang agrikultur tidak perlu disalahkan sepenuhnya. Hal ini adalah kerana ada beberapa peringkat di mana perkembangan ini sangat diperlukan. Terutama sekali dalam pemuliharaan alam sekitar yang melibatkan organisma benda hidup seperti spesis tumbuhan yang semakin berkurang populasinya. Spesis ini akan ‘dibiakkan' untuk menghasilkan anak pokok yang banyak, seterusnya dapat menampung kembali sistem ekologi dunia. Walaupun mungkin timbul beberapa isu daripada perkara ini, tetapi, paling tidak, cara ini tidak melibatkan pemakanan dan pemindahan gene daripada organisma kepada organisma yang lain. Ia hanya melibatkan penghasilan gene yang banyak daripada satu organisma. Bioteknologi adalah satu bidang yang mendatangkan manfaat kepada manusia jika ianya betul-betul dipraktikkan untuk kesejahteraan semua organisma di muka bumi. Ada yang bertanya, "jadi, apakah kegunaan babi?". Tahukah kita bahawa untuk beberapa peringkat, haiwan ini boleh menyelamatkan nyawa kita? Haiwan ini mamalia, begitu juga dengan manusia. Jadi, pihak saintis dan penyelidik, menggunakan haiwan ini sebagai bahan ujikaji. Contohnya, untuk mendapatkan penawar kepada sesuatu penyakit. Para penyelidik akan mengambil gene yang terlibat, kemudian di masukkan ke dalam haiwan tersebut. Penyakit yang sama akan dihidap oleh haiwan tersebut, tetapi, apabila penawar telah dijumpai, ianya akan diuji kepada haiwan tersebut. Apabila ia benar-benar berkesan, kemudian barulah penawar tersebut akan diperkenalkan kepada manusia. Mungkin cara ini dianggap ‘kurang berhati perut', tetapi, sekurang-kurangnya kaedah ini dapat menyelamatkan manusia daripada menjadi bahan uji kaji. Bahan uji kaji yang kadang kala, tidak dapat ditentukan keberkesanannya.Selain itu, terdapat juga beberapa makmal di universiti-universiti yang menggunakan organ dan sel daripada haiwan ini sebagai spesimen. Spesimen ini akan berfungsi untuk mendedahkan kepada pelajar dan pengajar tentang apa yang terdapat di dalam setiap bahagian organisma hidup. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan kefahaman para pelajar tentang ilmu teori mereka.Keamanan dunia ataupun pemusnahannya sebenarnya amat bergantung kepada manusia. Hal ini adalah kerana manusia lah yang menjadi pentadbir dan makhluk yang berakal di atas bumi ini. Manusia juga yang menentukan buruk atau baik kesan yang akan diterima oleh mereka dan hidupan lain, jika sesuatu perkara itu dilakukan. Jadi, di tangan manusia terletak segalanya, cuma hasil yang baik akan didapati jika apa yang dikerjakan benar-benar mengikut hukum alam yang ditetapkan oleh Tuhan Yang Maha Pencipta.

3 golongan awal ke neraka

Dari: Muhd Alif Aaisa

Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba ABU HURAIRAH menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan. Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.TALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''. Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''
Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''."Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~

Saya rasa saya tahu kenapa ramai remaja yang tak dapat terima couple tu HARAM……..Macamana kamu nak terima couple tu haram kalau diri tengah mabuk dan khayal melayan perasaan yang sia-sia(couple) tu????kalau benda tu sia-sia dah tentu la syaitan suka,kalau dah syaitan suka dah tentu syaitan tak nak kamu tinggalkan perkara tu..Maklumlah syaitan pun dah anggap kamu sebagai ahlinya yang baru.Tiba-tiba tengah kamu asyik bercinta ada pula orang yang cakap COUPLE tu HARAM..Memang pelik la dengar couple tu haram sedangkan mak ayah dulu pun bercinta(couple)..tapi kamu penah tanya kat mak ayah kamu tak macamana mereka bercinta???Agak-agak mereka bercinta masa bila???Takkan mereka couple masa sekolah rendah@menengah sedangkan masa tu nak keluar rumah pun susah.Ada ke mak ayah kamu bercinta pegang-pegang tangan??ada ke mak ayah kamu dulu bercinta sampai cium-cium???melampau betul yang sampai cium-cium tu!!!!dah tak takut dosa ke???kalau kamu ditakdirkan mati masa kamu tengah buat benda-benda hina tu macamana???kamu dapat apa buat perkara turkutuk tu???dapat puaskan nafsu kamu tu je kan???bukan dapat tambah pahala kamu pun.Apa la kamu ni,kalau ditegur lebih-lebih nanti kamu cakap kubur masing-masing.Kamu tau tak kalau kamu buat perkara hina tu mak ayah kamu yang disoal masa di akhirat???takka kamu nak heret mak ayah kamu pergi neraka disebabkan dosa kamu tu???Alasan kamu bila dibagitau couple tu haram,Eh kenapa haram?saya tak buat apa-apa pun selama kami couple ni,kami cuma call dan main sms je takkan tu pun haram???memang kamu Cuma call dan main sms je..tp kamu call makwe@pakwe kamu takkan lah buat suara ganas???dah tentu kamu buat suara romantik,kamu yang dengar suara tu pun dah dikira zina telinga…macamana pula dengan main sms??kamu kalau main sms takkan la tak cakap pasal perasan kamu contohnya ‘saya rindu la kt abg’…nanti mesti si lelaki balas ‘abg pun rindu awk’..kalau dah cakap rindu dan saying tu dah termasuk dalam zina hati yang memang tak dapat elak.di dalam AL-Quran pun dah tertulis di dalam surah AL-Isra’ yang bermaksud:Janganlah kamu mendekati zina kerana zina itu ialah satu perkara yang hina’.Dah jelas kalau kamu bercouple atau bercinta kamu tak dapat elakkan zina hati..Sedangkan mendekati zina pun dah berdosa apatah lagi kalau kamu lakukan zina?dah tentu kamu berdosa.Konklusinya,takkan la kamu nak terus berdosa disebabkan couple??sanggup kamu kumpul dosa dan tanggung azabnya diakhirat dengan sebab kamu couple??Fikirkalah,kamu dah besar dah tahu mana yang membawa ke SYURGA dan yang mana membawa kamu ke NERAKA..Buatlah keputusan mengikut kehendak iman dan jangan mengikut kehendak nafsu semata-mata.Kembalilah ke jalan yang diredhai Allah sebelum terlambat.Insyallah.

Disediakan oleh: Muhammad Nurul Azmi bin Koyube

Dari: Muhammad Azim bin Haji Hamidun

TRAGEDI seperti ini sudah banyak terjadi dikalangan remaja. Tak payah fikir jauh-jauh, fikirkan diri sendiri atau rakan terdekat. Kenapa saya berkata ‘remaja banyak bangga dengan dosa’? Mari baca kisah pemerhatian saya.

Pada suatu hari, sedang aku meronda-ronda menaiki motor aku sambil mencari mood dan angin malam, aku melihat ramai orang di dewan. Aku mengubah haluan ku ke dewan itu. Sedangku melintasi dewan tersebut, aku menoleh ke kiri dan tiba-tiba aku terpandang pasangan romantis sedang berbual-bual sambil berpegang-pegangan tangan. Aku menoleh dan terus menoleh. Aku tenung pasangan tersebut dengan pandangan yang agak tajam hanya sedikit tumpul kerana masih di atas motor. Aku tenung dan terus ku tenung. Akhirnya aku mendapat respon dari pasangan tersebut.

Mereka melihat aku kembali dengan muka pelik kerana melihat reaksi aku yang sedang melihat mereka di situ mengumpul dosa. Aku melepasi mereka, dan masih ku tenung gelagat mereka. Tenunganku membuat mereka segan dan tidak memandangku lagi, tetapi tangan masih tidak dilepaskan. Macam tak ada apa yang berlaku. Macam aku ni suka je tengok diorang tu. Dah la dekat tempat open, buat maksiat lagi tu. Mashaalllah, aku tenung bukan sebab aku sangap atau suka tengok aksi tu, tapi aku nak buat tenungan insaf yang selalu aku buat kat kawan aku kalau diorang dating kat sekolah. Tapi kali ni tak jadi lah… SOB, SOB… Tapi betul tak cakap aku?? Remaja sekarang ni banyak yang bangga kat dosa diorang. Mungkin la apa yang diorang buat tu bagi pandangan diorang sesuatu yang cool. Sebab tak ade orang yang penah buat macam tu. Macam bangga la diorang pegang-pegang tangan. Kononnya diorang tu Orang Puteh la konon.. Romantis.. Hmph… Romantis taik kucheen.. Tak pe lah.. Mungkin kemungkaran tu aku tak boleh nak cegah.. Jadi adalah kewajipan aku untuk mencegahnya dengan hati. Dan aku juga doakan yang diorang tu dapat hidayah, petunjuk dan kesedaran dari Allah SWT atas tindakan diorang dan mudah-mudahan diorang akan insaf dan akan kembali ke pangkal jalan.

Irsyadee feat. Hafiz Hamidun - Taubat Seorang Hamba

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun a.k.a. azim6709 Artis: Irsyadee feat. Hafiz Hamidun

All For Ummah - Sentosa (For The Peace Of Gaza)

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun a.k.a. azim6709 Komposer/lirik: Hafiz Hamidun Artis: All For Ummah Editor: Khairul Nizam bin Haji Hamidun