Kata pendahuluan

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah diizinkan kami membuat blog yang bertemakan Islam. Tujuan kami mewujudkan blog ini adalah untuk membongkar tentang gejala sosial yang tidak ada batasan lagi bagi remaja Islam sekarang. Kami berharap agar blog ini mendapat sambutan daripada umat Islam dan bukan Islam. Dengan izin Allah s.w.t blog ini akan dapat memberi banyak manfaat dan ilmu yang kalian akan diperolehi. Akhir kalam dari kami,kami memohon maaf jika ada kesilapan secara tidak kami sengajakan. Doakan kejayaan kami ini. Shukran.

Al-Quran With Jihad For Islam

Tiada masa untuk membaca al-Quran di rumah? Mungkin kerana kesibukan kerja. Kini al-Quran didatangi dengan versi flash yang boleh diselak seperti helaian al-Quran. Al-Quran secara maya ini dibawakan khas oleh quranflash.com dan boleh diakses dengan lebih mudah dengan menekan link di bawah:

Jihad For Islam Al-Quran Versi Flash

Al-Fatihah

Perkukuh identiti agama

Kekuatan sesuatu bangsa atau umat adalah bergantung kepada keperibadian dan keteguhan mereka mempertahankan identiti agama dan bangsa. Prinsip dan konsep perjuangan umat Islam perlu berteraskan kepada peraturan dan perundangan Allah dan Rasul dalam setiap aspek kehidupan.

Perjuangan yang tidak berasaskan kepada kepentingan agama dan bangsa sering menghumban umat Islam ke dalam kancah kehancuran. Kebijaksanaan seorang pemimpin dalam mengendalikan urusan kenegaraan terserlah apabila beliau dapat mempertahankan hak dan maruah bangsa dan agamanya.

Islam adalah agama universal yang memberi hak dan kedudukan kepada umat bukan Islam menikmati kemakmuran hidup dalam dunia Islam. Berasaskan kepada prinsip keadilan dan kesaksamaan yang dilaungkan oleh Islam, bukan bererti umat Islam perlu mengorbankan hak dan identity bangsa dan agama demi menegakkan keadilan dalam negara.

Hak dan wibawa bangsa dan agama merupakan perjuangan setiap bangsa di dunia. Ini merupakan fitrah ciptaan manusia. Jika umat Islam mengabaikan perjuangan hak dan kewibawaan dalam kehidupan mereka maka identity dan kewibawaan mereka mudah terhakis dan terhapus.

Unsur-unsur penghapusan identiti bangsa dan agama semakin hari kian jelas kelihatan. Perkara begini berlaku hasil daripada sikap dan mentaliti umat Islam yang terlalu ghairah memperjuangkan kedudukan, pangkat dan kekayaan sehingga kabur pengelihatan dan pemikiran dalam menentukan dasar, perancangan dan kegiatan kenegaraan.

Apakah erti kepimpinan para pemimpin Islam jika hak bangsa dan wibawa agama tergadai akibat terlalu ghairah untuk menegakkan keadilan? Keadilan dalam negara boleh dilaksanakan tanpa mengorbankan hak bangsa dan agama jika setiap pemimpin Islam yang mentadbir negara memahami dan mengamalkan prinsip pemerintahan dan kepimpinan dalam Islam.

Sejarah menunjukkan banyak pemimpin Islam masa silam mampu menegakkan keadilan dan bertolak ansur dengan masyarakat bukan Islam tanpa mengorbankan identiti umat dan kewibawaan agama.

Jati diri mereka yang mantap dan matlamat yang berteraskan keredhaan Allah merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan mereka berjaya membentuk negara Islam yang adil terhadap masyarakat dan bukan Islam tanpa mengorbankan hak dan wibawa umat dan agama.

Matlamat hidup dan perjuangan jika tidak didasarkan kepada perjuangan Islamboleh menyebabkan para pemimpin Islam menggadaikan maruah bangsa dan agama demi memperkukuhkan kedudukan dan kekuasaan mereka. Suasana begini merupakan lumrah dunia Islam masa kini.

Sikap terlalu takut kehilangan kuasa menyebabkan mereka menjadi buntu dan hilang daya pemikiran yang pintar untuk membuat perancangan dan strategi bagi umat Islam dalam jangka masa yang panjang.

Hasil daripada kebuntuan pemikiran para pemimpin dalam mengendalikan urusan kenegaraan maka umat Islam menjadi lemah dan tidak terdaya untuk mempertahankan hak dan kewibawaan agama.

Apabila para pemimpin dan ahli politik Islam mengambil jalan mudah dan terlalu ghairah untuk berkuasa dan mengekalkan kuasa maka mereka sanggup menghapuskan hak dan kewibawaan agama tanpa memikirkan masa depan masyarakat Islam dalam negara mereka.

Jika perkara begini berlaku dalam negara Islam maka penghapusan hak dan identiti umat Islam secara beransur-ansur akan terhakis dan terhapus. Ini adalah salah satu proses globalisasi yang melanda negara Islam masa kini.

Penghapusan identiti dan kewibawaan agama juga berlaku jika umat Islam keseluruhannya kurang prihatin terhadap pendidikan agama dan kesedaran terhadap kehausan kerohanian.

Corak hidup yang tidak seimbang dengan kehendak kerohanian dan jasad menjadi pilihan hidup umat Islam masa kini. Kegiatan dan program yang berbentuk hedonism dijadikan sebagai agenda utama dalam kehidupan seharian sehingga terlupa waktu malam yang sunyi sepi perlu diisi dengan kegiatan yang boleh menghampirkan diri kepada Allah dan bermuhasabah diri.

Apabila minda dan hati nurani diselaputi oleh unsur-unsur yang melalaikan dan menyeronokkan maka umat Islam tidak lagi menghargai waktu atau masa. Gejala remaja-remaja Islam berkeliaran di tempat-tempat hiburan sehingga larut malam lantaran terlalu ghairah dengan keseronokkan berbentuk hawa nafsu semakin hari kian bertambah.

Jika corak hidup begini dijadikan sebagai tradisi kehidupan masyarakat Islam, maka mereka yang tidak akan menjadi satu umat yang gigih dalam kehidupan.

Hati yang terlalu ghairah dengan hiburan dan keseronokan boleh menyebabkan umat Islam menjadi malas dan tidak berwibawa. Oleh itu tidak hairan kenapa umat Islam menghadapi krisis kehausan kerohanian dan kebendaan.

Ketika umat Islam berada dalam krisis kekosongan jiwa yang memerlukan kepada latihan kerohanian dan kesedaran mengenai tanggungjawab diri dan agama, rancangan-rancangan hiburan pula semakin bertambah sehinggakan ibubapa tidak mampu mengawal pergerakan anak-anak.

Persoalan yang sering berlegar dalam pemikiran ibu bapa di negara ini masa kini ialah kenapa dalam suasana ibubapa sukar untuk mengawal pergerakan anak-anak, rancangan-rancangan hiburan semakin banyak dipertontonkan sehingga larut malam?

Adakah bentuk-bentuk hiburan melambangkan identity bangsa dan agama? Pendedahan rancangan hiburan yang keterlaluan boleh menyebabkan umat Islam kurang memiliki daya pemikiran yang bernas kerana hiburan hanya merupakan satu unsur yang boleh merehatkan minda yang penat bukan bahan yang boleh melatih otak menjadi pintar dan kreatif.

Sepatutnya dalam era globalisasi umat Islam perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kerohanian dan keagamaan supaya mereka mampu menghadapi sebarang kegiatan yang boleh menghancurkan identiti agama dan umat Islam.

Kabanyakan umat Islam tidak prihatin terhadap pengukuhan identiti agama dan bangsa akibat kurang kesedaran terhadap implikasi proses globalisasi.

Berdasarkan kepada suasana yang wujud masa kini maka umat Islam keseluruhannya perlu menumpukan perhatian kepada pendidikan anak-anak dan membimbing mereka menjadi orang mempunyai jati diri yang kental supaya pemikiran dan jiwa mereka disemat dengan roh Islam.

Apabila roh Islam wujud dalam diri masyarakat Islam, mereka akan mempertahankan hak dan identiti bangsa dan agama secara hikmah dan bijaksana.

Jihad For Islam agak sloww.....

Assalamualaikum.

Kehadapan pembaca J4I, saya memohon maaf sekiranya blog kami kelihatan seperti tidak dikemaskinikan... Sebenarnya kami (J4I) agak kesibukan kebelakangan ini dengan pembelajaran kami memandangkan peperiksaan PMR kami yang semakin dekat. (T_T) Meskipun dengan kesibukan pembelajaran kami, saya dan rakan-rakan saya masih tetap meneruskan usaha untuk mengemaskini blog J4I ini.

Segala kesulitan harap dimaafi... Sesungguhnya kami telah berusaha untuk kejayaan PMR kami dan juga pencapaian blog ini... Sesungguhnya manusia hanya merancang, hanya Allah yang menentukannya... Sekian, wassalam...

Untai kata dari: Muhammad Azim bin Haji Hamidun

Irsyadee feat. Hafiz Hamidun - Taubat Seorang Hamba

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun a.k.a. azim6709 Artis: Irsyadee feat. Hafiz Hamidun

All For Ummah - Sentosa (For The Peace Of Gaza)

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun a.k.a. azim6709 Komposer/lirik: Hafiz Hamidun Artis: All For Ummah Editor: Khairul Nizam bin Haji Hamidun