Kata pendahuluan

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah diizinkan kami membuat blog yang bertemakan Islam. Tujuan kami mewujudkan blog ini adalah untuk membongkar tentang gejala sosial yang tidak ada batasan lagi bagi remaja Islam sekarang. Kami berharap agar blog ini mendapat sambutan daripada umat Islam dan bukan Islam. Dengan izin Allah s.w.t blog ini akan dapat memberi banyak manfaat dan ilmu yang kalian akan diperolehi. Akhir kalam dari kami,kami memohon maaf jika ada kesilapan secara tidak kami sengajakan. Doakan kejayaan kami ini. Shukran.

Al-Quran With Jihad For Islam

Tiada masa untuk membaca al-Quran di rumah? Mungkin kerana kesibukan kerja. Kini al-Quran didatangi dengan versi flash yang boleh diselak seperti helaian al-Quran. Al-Quran secara maya ini dibawakan khas oleh quranflash.com dan boleh diakses dengan lebih mudah dengan menekan link di bawah:

Jihad For Islam Al-Quran Versi Flash

Al-Fatihah

Oleh Hasliza Hassan

GEJALA sosial yang melanda masyarakat hari ini semua bertitik tolak daripada lemahnya akidah yang menjadi benteng untuk menangkis apa juga serangan bertujuan menggugat tahap keimanan serta keteguhan hati umat Islam.

Justeru, pendakwah terkenal, Siti Nor Bahyah Mahamood meminta ibu bapa memperkukuhkan akidah anak melalui didikan dengan menerapkan nilai murni menerusi contoh teladan amalan harian yang dilaksanakan sebagai Muslim sejati.

Sebagai panduan, katanya, ibu bapa boleh menjadikan wasiat Lukman al-Hakim kepada anak lelakinya untuk memimpin anak mereka membina akidah serta keyakinan dalam menghadapi hidup kian mencabar.
“Didikan oleh bapa yang hebat seperti Lukman yang diceritakan dalam al-Quran adalah panduan terbaik boleh ditiru ibu bapa hari ini kerana wasiat beliau bukan untuk mencegah tetapi untuk mengelak berlaku perkara tidak diingini.

“Sebab itu, walau senang manapun ibu bapa itu, mereka wajar membiarkan anak berdikari kerana ada kalanya kesenangan boleh membawa bencana seperti dipaparkan dalam filem Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee, Anakku Sazali,” katanya.

Beliau yang memberi ceramah bertajuk ‘Mencegah lebih baik daripada menghukum’ pada majlis kuliah agama anjuran bersama Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) MKM turut menggariskan perkara perlu ada serta dielakkan dalam usaha mendidik anak remaja.

Siti Nor Bahyah berkata, kehidupan remaja hari ini banyak dipengaruhi tiga unsur iaitu hiburan (keseronokan), fesyen serta makanan yang jika tidak dikawal atau dibimbing ibu bapa boleh menyebabkan mereka terjebak dalam perkara negatif.

Katanya, tidak dinafikan naluri remaja cenderung kepada hiburan dan mereka akan menjadi resah jika tidak mendengar lagu tetapi ibu bapa bertanggungjawab menapis jenis atau bentuk hiburan yang didengar.

Begitu juga fesyen pakaian mereka yang sepatutnya mencerminkan nilai ketimuran, bukan mengambil apa saja disogokkan Barat yang ternyata tidak sesuai dengan budaya masyarakat di negara ini.

Sementara makanan ringan atau segera yang kini sebati dengan gaya hidup masyarakat hari ini turut menyumbang kepada masalah anak menjadi hiperaktif serta tidak mahu mendengar cakap ibu bapa mereka.

“Inilah tiga perkara saya kategori sebagai 3F iaitu fun, fashion, food, yang melanda anak remaja dan perlu diberi perhatian serius oleh ibu bapa supaya ia tidak mendatangkan masalah nanti kerana kita mahu mengambil langkah awal untuk mengelak,” katanya.

Katanya, bagi mencegah menular gejala negatif di kalangan remaja, tujuh perkara perlu diberi perhatian bukan saja ibu bapa, malah semua anggota masyarakat kerana mereka memikul tanggungjawab melahirkan generasi bertakwa dan kaya dengan nilai murni.

Tujuh perkara itu ialah menjaga solat; sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah; memberi salam; mencurahkan kasih sayang; sabar menghadapi ujian; bersungguh-sungguh dalam beramal dan mendidik diri menjadi suami, isteri, ibu, bapa serta anak yang salih.

Siti Nor Bahyah berkata, memberi salam nampak mudah dan ada kala dianggap sebagai perkara remeh sedangkan amalan itu mempunyai nilai tersirat yang perlu diketahui kerana salam adalah ucapan ahli syurga.

Katanya, selain mendapat pahala, amalan memberi salam mempunyai nilai tambah kerana ucapan salam itu sendiri sudah lengkap mengandungi doa yang memohon keselamatan, rahmat serta keberkatan.

“Kenapa anak terjebak dengan perkara negatif adalah disebabkan ketandusan kasih sayang. Akhirnya mereka mencari kasih sayang di luar dan apabila salah cari kawan, itu yang mereka melakukan perkara tidak sepatutnya.

“Oleh itu, tidak adil jika kita menghukum remaja sedangkan puncanya mungkin disebabkan daripada kita sendiri. Ibu bapa perlu banyak sabar dalam mendidik anak dan bersungguh-sungguh memastikan mereka sentiasa dibimbing ke jalan mencari keredaan Allah,” katanya.

Pada majlis yang dihadiri kakitangan MKM, ahli Puspanita MKM, pelajar peringkat diploma maktab berkenaan dan kakitangan Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Siti Nor Bahyah turut berkongsi tips dengan memberi ayat al-Quran untuk melembutkan hati anak.

Beliau berkata, ibu bapa digalakkan membacakan surah al-Hasyr, ayat 21 dan surah asy-Syura ayat 19, kemudian ditiup di ubun anak sebagai doa supaya mereka mudah mendengar kata.

Selain itu, Siti Nor Bahyah menggaris tujuh perkara yang perlu dielakkan supaya usaha mencegah anak daripada terjebak gejala negatif dapat dilaksanakan dengan berkesan serta mencapai matlamat diharapkan.

Pertama, meninggalkan maksiat dan kaedah terbaik mengajak anak supaya meninggalkan perbuatan maksiat ialah melalui contoh ibu bapa sendiri yang sentiasa memelihara diri daripada terjebak dengan perbuatan tidak bermoral.

Seterusnya ialah penyakit malas, suka menonton atau membaca bahan yang sia-sia, suka atau mudah marah, membuang masa dengan melepak, makan makanan yang haram dan jangan menderhaka kepada Allah serta sesama manusia.

“Semua ini ialah perkara negatif yang perlu dihindari dan caranya ialah dengan mempelajari bagaimana untuk mengawal diri. Jika anak kita malas belajar, beri dorongan dengan menjanjikan hadiah seperti yang saya lakukan dengan anak saya.

“Hilangkan sifat cepat marah atau jika hendak marah, biar bertempat. Elakkan makanan haram bukan saja daripada aspek bahan yang dimakan tetapi punca rezeki dipastikan daripada sumber yang halal,” katanya.

Siti Nor Bahyah turut berpesan kepada hadirin supaya jangan sekali-kali menjadi anak derhaka kepada ibu bapa kerana balasannya cukup hebat dengan menceritakan kisah kecacatan seorang anak disebabkan menderhaka kepada ibunya.

Artikel ini dipetik dari laman berikut:

http://aferiza.wordpress.com/2008/02/15/mengelak-anak-jadi-remaja-bermasalah/

Hukum merokok berdasarkan Islam

Soalan: Saudara, saya ini lebih kurangnya melawat Bombay, saya telah melawat beberapa tempat di Bombay, dan beberapa masjid, saya ada perasan saudara Islam yang kadang kala saya berasa sungguh sedih apabila saya nampak mereka keluar dari masjid, Mashaallah, berjanggut, memegang rokok dan merokok seperti belon yang meletup. Bagaimana kamu yakinkan non-Muslim (tentang perbuatan merokok itu haram atau tidak) memandangkan kamu ialah pendakwah Islam.


Jawapan dari Dr. Zakir: Soalan sebentar tadi adalah tentang beliau pergi ke banyak masjid, melihat ramai Muslim keluar sambil merokok. Beliau menanyakan pendapat samada ianya betul atau tidak. Pertama sekali, merokok adalah dibenarkan atau tidak. Terdapat banyak fatwa yang dikeluarkan. Fatwa yang dikeluarkan sebelum ini menyatakan ianya adalah makruh berdasarkan dengan pengetahuan yang mereka ada. Tetapi sekarang, ilmu sains semakin maju. Para sarjana telah berubah pendirian. Berdasarkan dari ayat al-Quran Surah Al-Baqarah ayat ke 195: ” Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”. Berdasarkan kajian yang dijalankan pada hari ini, mengikut persatuan sedunia,terdapat lebih sejuta orang setiap tahun yang hanya meninggal kerana asap rokok. 90% daripada jumlah orang yang mati kerana penyakit paru-paru, adalah disebabkan oleh asap rokok dan 70% daripada kadar kematian dari penyakit bronkus (bronchitis) adalah disebabkan dari asap rokok. 25% dari kadar kematian penyakit jantung juga adalah disebabkan dari asap rokok. Ianya tidak mendatangkan apa-apa kecuali keracunan secara perlahan. Berdasarkan fatwa terkini, mereka menyatakan merokok adalah haram kerana al-Quran menyatakan: ”janganlah kamu menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan”. Tambahan pula, merokok bukan sahaja mengancam dirimu, ianya juga boleh mengancam orang di sebelah kita. Kerana penyelidikan yang dijalankan menyatakan yang isteri seorang perokok lebih cenderung untuk menghidapi kanses paru-paru kerana mereka telah menjadi perokok sekunder. Perokok sekunder ialah perokok yang menghisap asap rokok yang dihembus dari perokok primer. Terdapat banyak penyakit yang datang dari merokok. Ianya menghitamkan bibir, gigi, kerosakan pada gusi, jari menghitam ianya merosakkan tekak, mendatangkan sembelit, kehilangan ingatan dan banyak lagi. Berdasarkan dari hasil kajian ini, dan berdasarkan lebih dari 400 fatwa, mengatakan yang merokok adalah haram. Tidak kiralah ianya bagus atau tidak, ianya tetap tidak dibenarkan di dalam Islam. Penghujung jawapan.....


Jawapan dari: Dr Zakir Abdul Karim Naik

Terjemahan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun (sedang kepeningan)

Jawapan Dr Zakir Naik kepada soalan pendengar ceramah beliau.


Bertemu janji berdasarkan hukum Islam. Jika bertemu janji ala moden, dengan melakukan sesuatu yang kita anggap dating adalah tidak dibenarkan. Berjumpa sesama sendiri di luar, pergi ke taman bersendirian dengannya, menonton wayang dan duduk di kerusi terakhir. Menonton wayang adalah salah inikan berdua-duaan di kerusi terakhir. Biasanya perkara yang selalu kita lakukan ini adalah tidak dibenarkan di dalam Islam. Perkara ini (yang dibenarkan) lebih kepada cinta sebelum berkahwin. Tidak melakukan apa-apa hanyalah cinta sebelum berkahwin. Itu tidak mengapa. Bahkan Nabi juga ada mengatakan ianya adalah Sunnah untuk melihat (menjaga dan ambil berat) orang yang bakal dikahwini. Ianya tidak bermaksud kita tidak boleh bergaul dengannya atau tidak boleh memilih, Nabi bersabda jika kita ingin memilih jalan hidup terdapat 4 perkara dalam memilih seseorang. Pertama, kemuliaan akhlak, kedua ialah kekayaan, kemuliaan (darjat), dan kecantikan. Yang terbaik adalah kemuliaan akhlak. Jadi ianya bermaksud kita boleh berjumpa jika pihak perempuan mahu jadikan suami dan pihak lelaki ingin jadikannya isteri. Akan tetapi, ketika berjumpa mesti ada seorang ’mahram’ yang bersama. Sama ada kakak atau adik perempuan si lelaki. Abang atau adik lelaki si perempuan. Nabi bersabda jika 2 orang yang berlainan jantina yang bukan ’mahram’ bersendirian tanpa orang ketiga itu adalah syaitan. Jadi, dengan mengekalkan kesopanan dan batasan hijab, sudah tentunya kita boleh bertemu dengan bakal suami atau isteri. Bergaul, bertukar pandangan dan dan berbincang. Tiada masalah. Bercakap sekali, dua kali, tiga kali, satu jam, dua jam tetapi bukannya di taman sendirian, di panggung wayang, Mc Donald adalah dibenarkan. Masih di dalam konteks syariah, kamu sememangnya boleh berjumpa, boleh memilih dan menolak (reject). Boleh reject dan cari orang lain tetapi masih dalam konteks syariah Islam. Jadi jika dilakukan mengikut konteks syariah adalah tidak mengapa kerana itu adalah Sunnah. Jadi ini bukannya dipanggil dating. Di dalam Islam dating tidak dibenarkan. Jika kamu memanggilnya dating, itu adalah haram. Sekian pada seoalan tersebut...


Gaya bahasa dan ceramah dari: Dr. Zakir Abdul Karim Naik

Diterjemah oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun

Irsyadee feat. Hafiz Hamidun - Taubat Seorang Hamba

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun a.k.a. azim6709 Artis: Irsyadee feat. Hafiz Hamidun

All For Ummah - Sentosa (For The Peace Of Gaza)

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun a.k.a. azim6709 Komposer/lirik: Hafiz Hamidun Artis: All For Ummah Editor: Khairul Nizam bin Haji Hamidun