Kata pendahuluan

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah diizinkan kami membuat blog yang bertemakan Islam. Tujuan kami mewujudkan blog ini adalah untuk membongkar tentang gejala sosial yang tidak ada batasan lagi bagi remaja Islam sekarang. Kami berharap agar blog ini mendapat sambutan daripada umat Islam dan bukan Islam. Dengan izin Allah s.w.t blog ini akan dapat memberi banyak manfaat dan ilmu yang kalian akan diperolehi. Akhir kalam dari kami,kami memohon maaf jika ada kesilapan secara tidak kami sengajakan. Doakan kejayaan kami ini. Shukran.

Al-Quran With Jihad For Islam

Tiada masa untuk membaca al-Quran di rumah? Mungkin kerana kesibukan kerja. Kini al-Quran didatangi dengan versi flash yang boleh diselak seperti helaian al-Quran. Al-Quran secara maya ini dibawakan khas oleh quranflash.com dan boleh diakses dengan lebih mudah dengan menekan link di bawah:

Jihad For Islam Al-Quran Versi Flash

Al-Fatihah

Kalau aku tanya korang mesti korang cakap "tengok tv", "mesej-mesej ngan awek", "buat dunno je", "tido"... Haha, realiti kehidupan.. Tapi korang tau tak yang kalau korang boring dan tengah tak buat ape-ape pun korang boleh dapat pahala. Uish, camne tu!!!

Senang je.. Korang pegilah kat bawah pokok ke, kat beranda rumah ke, dalam bilik ke, kat mane-mane je lah.. Tapi janganla masa dating pulak.. Tu namanya maksiat.. Oklah, jawapan yang ditunggu-tunggu..

Korang boleh ingat 'mati'.

Mungkin ade yang cakap, kenapa nak ingat mati? Dan macam mana pulak ingat mati boleh dapat pahala? Well, perkataan 'mati' bagi orang-orang tua sebenarnya amat dekat di hati mereka. Ye lah kan. Dah tua.. Takkan nak lepak pegi enjoy kat disko lagi.. Tapi kali ni aku bukan nak cakap pasal orang tua.. Ha... Aku nak cakap pasal kita nih.. Soal mati bagi remaja.

Ajal maut di tangan tuhan. Korang takkan tau bila, dan mana korang akan temui ajal. Nyawa kita nih kalau berpandukan hadis ketika dicabut takkan terlambat atau tercepat walau satu saat pun. So, korang takkan terlepas dari qada' dan qadar.. Ok lah, balik kepada 'ingat mati masa remaja'.

Remaja.. Banyak enjoy. Bahkan nak PMR macam aku tahun ni pun masih main-main lagi. Tak tau lah ape nak jadi. Hidup ni jangan la korang persiakan. Jangan korang bunuh diri pasal cinta. Jangan hisap rokok. Jangan pegi merempit macam aku nih. Kenyataan ek. Jangan berzina. Last sekali, jangan buat dosa dan sentiasa mencari pahala. Ingat mati boleh menginsafkan kita tentang apa yang kita dah buat. Mungkin ada para pembaca yang dah terlanjur dengan GF atau BF diorang. Korang sentiasa boleh mendapatkan nasihat ustaz-ustaz tentang apa yang boleh dilakukan. Korang pulak yang hampa pasal dah putus cinta janganlah pulak pegi bunuh diri. Hidup nih jadi sia-sia. Mashaallah.. Mengingat mati juga dapat menjauhkan diri kita dari gejala sosial. Cuba korang fikirkan, ada mamat nih ajak korang keluar ngan dia naik motor. Korang tau lah kan tentu perbuatan tu mendatangkan dosa. Dalam masa yang sama janganlah korang ingat mati je, cuba korang bayangkan siksaan kat neraka yang bakal korang terima nanti. Aku rasa, korang takkan sanggup buat benda macam tu. Seseorang yang ada iman dalam diri dia, takkan sanggup membuat perkara macam tu. Orang yang ada maruah, dia jaga maruah dia, maruah keluarga and yang paling penting, maruah agama. Ustaz aku selalu cakap, iman manusia selalu berubah-ubah. Kejap tinggi kejap rendah. Masa dengar ceramah agama memang iman manusia nih tinggi. Fikir nak berubah jadi baik, nak penuhkan sembahyang, tak nak buat dosa tapi bila dah bergaul balik dengan kawan dan syaitan, iman kita jadi rendah serendah-rendahnya. Sehinggakan sembahyang pun buat-buat lupa, dosa masih dilakukan tapi, seribu kali tapi, manusia tadi tu baru je lepas kena ceramah agama. Kenyataan wahai sahabat ku.

Takde banyak yang aku nak katakan. Cuma draf-draf pendek pastu post. Akhir kata:

Biar mati dalam iman, jangan mati dalam kekufuran.
Wassalam

Hasil nukilan: Muhammad Azim bin Haji Hamidun
Presiden Jihad For Islam

Irsyadee feat. Hafiz Hamidun - Taubat Seorang Hamba

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun a.k.a. azim6709 Artis: Irsyadee feat. Hafiz Hamidun

All For Ummah - Sentosa (For The Peace Of Gaza)

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun a.k.a. azim6709 Komposer/lirik: Hafiz Hamidun Artis: All For Ummah Editor: Khairul Nizam bin Haji Hamidun