Kata pendahuluan

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah diizinkan kami membuat blog yang bertemakan Islam. Tujuan kami mewujudkan blog ini adalah untuk membongkar tentang gejala sosial yang tidak ada batasan lagi bagi remaja Islam sekarang. Kami berharap agar blog ini mendapat sambutan daripada umat Islam dan bukan Islam. Dengan izin Allah s.w.t blog ini akan dapat memberi banyak manfaat dan ilmu yang kalian akan diperolehi. Akhir kalam dari kami,kami memohon maaf jika ada kesilapan secara tidak kami sengajakan. Doakan kejayaan kami ini. Shukran.

Al-Quran With Jihad For Islam

Tiada masa untuk membaca al-Quran di rumah? Mungkin kerana kesibukan kerja. Kini al-Quran didatangi dengan versi flash yang boleh diselak seperti helaian al-Quran. Al-Quran secara maya ini dibawakan khas oleh quranflash.com dan boleh diakses dengan lebih mudah dengan menekan link di bawah:

Jihad For Islam Al-Quran Versi Flash

Al-Fatihah

Wahai Remaja Islam

Remaja. Satu nama yang banyak orang kaitkan dengan usia berseronok-seronok atau lebih sinonim dengan perkataan Inggeris iaitu ’time to enjoy’. Masa para remaja di zaman sekarang lebih banyak diluangkan dengan aktiviti kurang berfaedah, banyak membuang masa dan lebih cenderung untuk terlibat dengan gejala sosial. Kebanyakan remaja lebih banyak menghabiskan masanya di bawah lampu jalan, kafe siber, dan di pusat-pusat snooker. Segala masa yang ada dihabiskan dengan bersembang dan borak-borak kosong.


Saya bercakap berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah lama saya lakukan. Adalah menjadi kewajipan saya sebagai wakil salah seorang remaja Islam untuk mengemukakan dan membincangkan tentang perihal remaja bermasalah zaman sekarang. Saya mulakan dengan, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh pembuka bicara sebagai langkah kanan dari kami Jihad For Islam.


Orang tua-tua selalu dikaitkan dengan kedai kopi. Duduk bersila panggung sambil membaca surat khabar jawi dan sepuntung rokok gulung di bibir. Bagaimana pula dengan para remaja?


Secara jujurnya, saya merasa amat sedih apabila anak-anak remaja bermasalah ini dicop sebagai mat rempit, bohsia, mat pet, dan sebagainya. Mereka tidak wajar digelar sebegitu rupa. Bagi saya, remaja ini bukannya tidak kenal dunia, tetapi mereka boleh dikatakan kurang didikan. Mereka boleh membezakan antara baik dan buruk ketika ditanya tetapi banyak diantara mereka yang memilih jalan yang salah. Bukan mereka mahu untuk mati katak di tengah jalan, tetapi keinginan mereka, nafsu mereka umpama derauan adrenalin yang mendorong mereka untuk terus berlumba, mengambil dadah, melakukan seks bebas dan sebagainya. Satu rancangan terbitan TV3 yang saya tontoni ada melakukan temu ramah dengan seorang pelacur, wartawan berkata, ” kenapa kamu tidak mahu berhenti dari melacur? Adakah kamu tahu apakah hukumnya?” Beliau menjawab, ” Alah bang, tau. Kalau nak terus buat, berdosa, tapi kalau nak berhenti, rugi pulak.” Mashaallah. Sampai hatinya untuk berkata begitu. Kemana perginya Islam? Tidakkah remaja itu beringat kepada Allah? Kemanakah perginya iman? Mana perginya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak? Tahu hukum agama tentang berzina, katanya berdosa, tetapi perkataan DOSA itu seperti tidak diambil peduli. Seperti perkataan dosa itu hanya di hujung lidah. Hanya untuk disebut. Tidakkah mereka memikirkan tentang azab Allah di hari akhirat? Mungkin mereka tidak mementingkan perkara sebegitu. Mungkin juga disebabkan mereka tidak dapat melihat sendiri bagaimana pedihnya azab yang bakal diterima. Andai kata azab di neraka boleh dilihat seperti di kaca televisyen, rasanya tidak ada orang yang sanggup menyebut perkataan dosa itu sendiri. Mungkin mereka alpa. Terkejar-kejar akan cinta, kekasih, dan perihal duniawi. Mashaallah. Apalah yang nak jadi dengan dunia ni. Barangkali kiamat sudah dekat.


Banyak pemerhatian yang saya dilakukan adalah berdasarkan teman-teman terdekat. Jika mereka melakukan perkara yang boleh mendatangkan dosa, saya sekurang-kurangnya akan menegur dengan baik atau secara sindiran. Insyaallah, dengan teguran dan sindiran tadi akan timbul rasa insaf di dalam hatinya dari melakukan perbuatan berdosa. Alhamdulillah. Teman-teman memahami dan menerima dengan hati terbuka kerana memahami niat saya untuk menasihat.


Pemerhatian demi pemerhatian saya lakukan dan satu lagi masalah gejala sosial telah saya rungkaikan iaitu ’pergaulan bebas’. Pergaulan bebas sebenarnya merupakan salah satu faktor penggerak saya untuk mewujudkan laman blog ini. Saya melihat, ramai diantara rakan sebaya yang tidak mementingkan cara mereka bergaul tidak kiralah samada lelaki bersama-sama perempuan ataupun sebaliknya. Di dalam pemerhatian saya, mereka tidak langsung mementingkan jarak antara satu sama lain (ajnabi) – orang yang layak dikahwini yang terbatal air sembahyang jika bersentuhan. Seeloknya kita contohi teladan pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh aliran agama. Sekiranya terserempak dengan perempuan di kaki lima, hendaklah bagi yang lelaki untuk ketepi dan memberikan laluan kepada perempuan dalam jarak sehasta. Bagi saya, contoh seperti ini patut dicontohi oleh para remaja jika berjumpa dengan perempuan. Selain dari nampak lebih gentle di hadapan perempuan, ianya juga dapat mengelakkan dari timbul rasa niat jahat di dalam hati seorang lelaki untuk melakukan tindakan kurang sopan terhadap seorang perempuan.


Kewujudan Jihad For Islam merupakan satu usaha keras saya dan beberapa rakan sekelas yang lain untuk terus berdakwah kepada para remaja. Adalah menjadi kebanggaan saya sebagai Presiden untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, para pembaca, dan semua individu yang telah banyak menyumbang dalam menjayakan Jihad For Islam. Apa yang telah saya karangkan di atas hanyalah sekadar permulaan Jihad For Islam. Insyaallah, Jihad For Islam akan diupdate hampir setiap hari dengan isu-isu semasa yang akan dibincangkan bersama. Harap para pembaca boleh meninggalkan komen di bawah agar prestasi Jihad For Islam akan terus meningkat. Sekian, wassalam.



Hasil nukilan: Muhammad Azim bin Haji Hamidun


Presiden Jihad For Islam

0 Comments:

Post a Comment



Irsyadee feat. Hafiz Hamidun - Taubat Seorang Hamba

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun a.k.a. azim6709 Artis: Irsyadee feat. Hafiz Hamidun

All For Ummah - Sentosa (For The Peace Of Gaza)

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun a.k.a. azim6709 Komposer/lirik: Hafiz Hamidun Artis: All For Ummah Editor: Khairul Nizam bin Haji Hamidun