Kata pendahuluan

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah diizinkan kami membuat blog yang bertemakan Islam. Tujuan kami mewujudkan blog ini adalah untuk membongkar tentang gejala sosial yang tidak ada batasan lagi bagi remaja Islam sekarang. Kami berharap agar blog ini mendapat sambutan daripada umat Islam dan bukan Islam. Dengan izin Allah s.w.t blog ini akan dapat memberi banyak manfaat dan ilmu yang kalian akan diperolehi. Akhir kalam dari kami,kami memohon maaf jika ada kesilapan secara tidak kami sengajakan. Doakan kejayaan kami ini. Shukran.

Al-Quran With Jihad For Islam

Tiada masa untuk membaca al-Quran di rumah? Mungkin kerana kesibukan kerja. Kini al-Quran didatangi dengan versi flash yang boleh diselak seperti helaian al-Quran. Al-Quran secara maya ini dibawakan khas oleh quranflash.com dan boleh diakses dengan lebih mudah dengan menekan link di bawah:

Jihad For Islam Al-Quran Versi Flash

Al-Fatihah

Renungan kita bersama...

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telah pun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

" Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

"Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Perempuan

Hadith :
Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."

(Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)



Huraian
1. Perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
2. Kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
3. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.
4. Kata orang ‘menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang’. Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
5. Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Tips Muslim Cergas di pagi hari

Bagi seorang muslim yang ingin diberkahi umurnya, hendaknya dalam menempuh hidup ini ia berjalan di atas program harian yang sudah diatur dalam Islam. Program ini menuntut seorang muslim untuk melakukan sesuatu dengan segera misalnya Tidur segera (jangan terlalu larut malam) dan bangun juga segera (jangan kesiangan).

Kehidupan seorang muslim setiap hari dimulai dari menyingsingnya fajar atau paling tidak, sebelum terbitnya matahari. Ia senantiasa menyongsong pagi itu dengan keadaan suci dan bersih sebelum ia dikotori oleh nafas-nafas orang durhaka yang malas bangun kecuali setelah datangnya waktu dhuha. Rasulullah Saw pernah mendoakan umatnya yang selalu bangun pagi agar diberkahi Allah SWT, diantara doa beliau ...
" Ya Allah, berkahilah umatku pada waktu pagi mereka "
Namun sayangnya, tidak sedikit umat islam yang mengubah program hariannya. mereka sering begadang semalam suntuk kemudian baru tidur menjelang subuh sehingga mereka kehilangan waktu salat Subuh. Sebagian orang salaf berkata "Sungguh saya merasa heran kepada orang yang melaksanakan salat Subuh setelah terbitnya matahari, bagaimana ia bisa diberi rejeki?"

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abi hurairah dari Rasululloh Saw sbb :
" Setan senantiasa mengikat tengkuk kepala salah seorang dari kamu sekalian jika ia tidur dengan tiga ikatan. Pada setiap ikatan, setan menepuk dan berkata " untukmu malam panjang, maka tidurlah " jika ia bangun dari tidurnya kemudian menyebut nama Allah, lepaslah satu ikatan : kemudian jika ia berwudlu, lepaslah ikatan kedua: dan jika salat, maka lepaslah ketiga ikatan tersebut dan siap memulai hari dengan penuh semangat, optimisme serta berjiwa bersih. Jika tidak demikian, maka ia akan menyongsong pagi dengan keadaan kotor jiwanya dan malas "

Alangkah bedanya seorang muslim yang mampu melepaskan ikatan setan dengan orang yang tidak mampu melepaskan ikatan setan. Orang yang disebut pertama senantiasa menyambut datangnya pagi dengan zikir, bersuci dan salat. Setelah itu ia baru bertolak ke arena kehidupan duniawi. Ia melangkah dengan kondisi tubuh yang segar, jiwa yang bersih serta dada yang lapang. Adapun orang yang disebut terakhir ialah orang-orang malas, mereka tidur sampai waktu dhuha. Gontai langkahnya, berat geraknya dan kotor jiwanya.

Nah itulah sebagian dari program harian seorang muslim dalam menyongsong kehidupan yang lebih baik..

Sumber : Buku yang berjudul Waktu, Kekuasaan, Kekayaan sebagai Amanah Allah
karangan DR. YUSUF QARDHAWI, FAHMI HUWAIDY

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T yang peperiksaan PMR sudah berakhir.

Moga calon-calon PMR dapat keputusan cemerlang..

Perkukuh identiti agama

Kekuatan sesuatu bangsa atau umat adalah bergantung kepada keperibadian dan keteguhan mereka mempertahankan identiti agama dan bangsa. Prinsip dan konsep perjuangan umat Islam perlu berteraskan kepada peraturan dan perundangan Allah dan Rasul dalam setiap aspek kehidupan.

Perjuangan yang tidak berasaskan kepada kepentingan agama dan bangsa sering menghumban umat Islam ke dalam kancah kehancuran. Kebijaksanaan seorang pemimpin dalam mengendalikan urusan kenegaraan terserlah apabila beliau dapat mempertahankan hak dan maruah bangsa dan agamanya.

Islam adalah agama universal yang memberi hak dan kedudukan kepada umat bukan Islam menikmati kemakmuran hidup dalam dunia Islam. Berasaskan kepada prinsip keadilan dan kesaksamaan yang dilaungkan oleh Islam, bukan bererti umat Islam perlu mengorbankan hak dan identity bangsa dan agama demi menegakkan keadilan dalam negara.

Hak dan wibawa bangsa dan agama merupakan perjuangan setiap bangsa di dunia. Ini merupakan fitrah ciptaan manusia. Jika umat Islam mengabaikan perjuangan hak dan kewibawaan dalam kehidupan mereka maka identity dan kewibawaan mereka mudah terhakis dan terhapus.

Unsur-unsur penghapusan identiti bangsa dan agama semakin hari kian jelas kelihatan. Perkara begini berlaku hasil daripada sikap dan mentaliti umat Islam yang terlalu ghairah memperjuangkan kedudukan, pangkat dan kekayaan sehingga kabur pengelihatan dan pemikiran dalam menentukan dasar, perancangan dan kegiatan kenegaraan.

Apakah erti kepimpinan para pemimpin Islam jika hak bangsa dan wibawa agama tergadai akibat terlalu ghairah untuk menegakkan keadilan? Keadilan dalam negara boleh dilaksanakan tanpa mengorbankan hak bangsa dan agama jika setiap pemimpin Islam yang mentadbir negara memahami dan mengamalkan prinsip pemerintahan dan kepimpinan dalam Islam.

Sejarah menunjukkan banyak pemimpin Islam masa silam mampu menegakkan keadilan dan bertolak ansur dengan masyarakat bukan Islam tanpa mengorbankan identiti umat dan kewibawaan agama.

Jati diri mereka yang mantap dan matlamat yang berteraskan keredhaan Allah merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan mereka berjaya membentuk negara Islam yang adil terhadap masyarakat dan bukan Islam tanpa mengorbankan hak dan wibawa umat dan agama.

Matlamat hidup dan perjuangan jika tidak didasarkan kepada perjuangan Islamboleh menyebabkan para pemimpin Islam menggadaikan maruah bangsa dan agama demi memperkukuhkan kedudukan dan kekuasaan mereka. Suasana begini merupakan lumrah dunia Islam masa kini.

Sikap terlalu takut kehilangan kuasa menyebabkan mereka menjadi buntu dan hilang daya pemikiran yang pintar untuk membuat perancangan dan strategi bagi umat Islam dalam jangka masa yang panjang.

Hasil daripada kebuntuan pemikiran para pemimpin dalam mengendalikan urusan kenegaraan maka umat Islam menjadi lemah dan tidak terdaya untuk mempertahankan hak dan kewibawaan agama.

Apabila para pemimpin dan ahli politik Islam mengambil jalan mudah dan terlalu ghairah untuk berkuasa dan mengekalkan kuasa maka mereka sanggup menghapuskan hak dan kewibawaan agama tanpa memikirkan masa depan masyarakat Islam dalam negara mereka.

Jika perkara begini berlaku dalam negara Islam maka penghapusan hak dan identiti umat Islam secara beransur-ansur akan terhakis dan terhapus. Ini adalah salah satu proses globalisasi yang melanda negara Islam masa kini.

Penghapusan identiti dan kewibawaan agama juga berlaku jika umat Islam keseluruhannya kurang prihatin terhadap pendidikan agama dan kesedaran terhadap kehausan kerohanian.

Corak hidup yang tidak seimbang dengan kehendak kerohanian dan jasad menjadi pilihan hidup umat Islam masa kini. Kegiatan dan program yang berbentuk hedonism dijadikan sebagai agenda utama dalam kehidupan seharian sehingga terlupa waktu malam yang sunyi sepi perlu diisi dengan kegiatan yang boleh menghampirkan diri kepada Allah dan bermuhasabah diri.

Apabila minda dan hati nurani diselaputi oleh unsur-unsur yang melalaikan dan menyeronokkan maka umat Islam tidak lagi menghargai waktu atau masa. Gejala remaja-remaja Islam berkeliaran di tempat-tempat hiburan sehingga larut malam lantaran terlalu ghairah dengan keseronokkan berbentuk hawa nafsu semakin hari kian bertambah.

Jika corak hidup begini dijadikan sebagai tradisi kehidupan masyarakat Islam, maka mereka yang tidak akan menjadi satu umat yang gigih dalam kehidupan.

Hati yang terlalu ghairah dengan hiburan dan keseronokan boleh menyebabkan umat Islam menjadi malas dan tidak berwibawa. Oleh itu tidak hairan kenapa umat Islam menghadapi krisis kehausan kerohanian dan kebendaan.

Ketika umat Islam berada dalam krisis kekosongan jiwa yang memerlukan kepada latihan kerohanian dan kesedaran mengenai tanggungjawab diri dan agama, rancangan-rancangan hiburan pula semakin bertambah sehinggakan ibubapa tidak mampu mengawal pergerakan anak-anak.

Persoalan yang sering berlegar dalam pemikiran ibu bapa di negara ini masa kini ialah kenapa dalam suasana ibubapa sukar untuk mengawal pergerakan anak-anak, rancangan-rancangan hiburan semakin banyak dipertontonkan sehingga larut malam?

Adakah bentuk-bentuk hiburan melambangkan identity bangsa dan agama? Pendedahan rancangan hiburan yang keterlaluan boleh menyebabkan umat Islam kurang memiliki daya pemikiran yang bernas kerana hiburan hanya merupakan satu unsur yang boleh merehatkan minda yang penat bukan bahan yang boleh melatih otak menjadi pintar dan kreatif.

Sepatutnya dalam era globalisasi umat Islam perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kerohanian dan keagamaan supaya mereka mampu menghadapi sebarang kegiatan yang boleh menghancurkan identiti agama dan umat Islam.

Kabanyakan umat Islam tidak prihatin terhadap pengukuhan identiti agama dan bangsa akibat kurang kesedaran terhadap implikasi proses globalisasi.

Berdasarkan kepada suasana yang wujud masa kini maka umat Islam keseluruhannya perlu menumpukan perhatian kepada pendidikan anak-anak dan membimbing mereka menjadi orang mempunyai jati diri yang kental supaya pemikiran dan jiwa mereka disemat dengan roh Islam.

Apabila roh Islam wujud dalam diri masyarakat Islam, mereka akan mempertahankan hak dan identiti bangsa dan agama secara hikmah dan bijaksana.

Jihad For Islam agak sloww.....

Assalamualaikum.

Kehadapan pembaca J4I, saya memohon maaf sekiranya blog kami kelihatan seperti tidak dikemaskinikan... Sebenarnya kami (J4I) agak kesibukan kebelakangan ini dengan pembelajaran kami memandangkan peperiksaan PMR kami yang semakin dekat. (T_T) Meskipun dengan kesibukan pembelajaran kami, saya dan rakan-rakan saya masih tetap meneruskan usaha untuk mengemaskini blog J4I ini.

Segala kesulitan harap dimaafi... Sesungguhnya kami telah berusaha untuk kejayaan PMR kami dan juga pencapaian blog ini... Sesungguhnya manusia hanya merancang, hanya Allah yang menentukannya... Sekian, wassalam...

Untai kata dari: Muhammad Azim bin Haji Hamidun

Baju Jihad For Islam



Jihad For Islam telah mengambil langkah baru dalam terus memperkenalkan Jihad For Islam ke mata masyarakat. Baju yang direka oleh Muhammad Azim bin Haji Hamidun telah disiapkan pada 2 hari yang lepas. Sebanyak 11 helai baju telah ditempah dan semuanya sudah ada owner. Huhu, baju ni memang cantik giler. Korang tengok ajelah....

Hobi kami di Jihad For Islam


Kami di Jihad For Islam kebanyakannya ada komputer di rumah. Dah menjadi lumrah dunia yang remaja sekarang perlukan hiburan yang sekadar mengisi masa lapang ataupun sebagai “release tension” bak kata orang putih. Kebanyakan diantara kami di Jihad For Islam adalah peminat “Couter Strike”


Tak kiralah apa version pun tapi kami tetap minat. Bagi kami, Counter Strike adalah game yang wajib diketahui oleh setiap manusia di dunia ini. Aktiviti bermain permainan video seperti ini kalau diikutkan kajian sains dapat meningkatkan daya pemikiran, kecekapan dan kelajuan pemikiran dan pengelihatan manusia. Selain dari itu, permainan Counter Strike dapat melatih kita untuk bertindak, merancang dan akhirnya melaksanakannya dengan jaya. Bukan apa, remaja sekarang ni banyak terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak berfaedah. Jadi aktiviti seperti bermain permainan video boleh mencegah aktiviti tersebut daripada dilakukan oleh para remaja.

Tidak benyak yang perlu dikatakan. Hanya sekadar berkongsi idea. Sekian. Wassalam…

Sedikit menurut Allah itu banyak.


Sesungguhnya hal-hal yang dianggap remeh oleh manusia dapat menjadi hal yang lebih berharga. Sedikit menurut Allah itu dapat menjadi banyak. Oleh itu jangan suka memandang ringan sesuatu kebaikan sebab setiap kebaikan itu sedekah. Sabda Rasulullah:


"Janganlah kamu meremehkan sesuatu apapun, sekalipun hanya bertemu dengan teman mu dengan wajah ceria".


Bersedekahlah pada setiap hari walau dengan sesuatu yang (menurut mu) ringan dan tidak berharga. Berilah sedekah pada pagi hari sebab bala (musibah) itu tidak dapat mendahului sedekah.


Demikianlah kata hadis, ini bermaksud sedekah itu dapat menjadi penghalang atau perisai diantara kamu dengan musibah yang akan menimpamu. Oleh itu jika anda memberi sedekah pada waktu pagi, tentu anda tidak akan kena (tertimpa) musibah pada petang hari. Apabila ada orang meminta kapada kamu, janganlah kamu menolaknya walau hanya dengan memberi sesuatu yang tidak erti. Kalau kamu tidak mampu memberinya, maka leraikanlah dengan cara halus, sopan, dan tidak menyakitkan hati.


Kita dapat melihat di banyak saluran media pada hari ini, di mana umat Islam dilabel sebagai fundamentalis, ekstrimis, terrorist dan sebagainya. Kita sebagai seorang Muslim sepatutnya menjadi serta memiliki sifat seorang daie (pendakwah). Adalah kewajipan kepada seorang Muslim itu untuk menyampaikan mesej Islam kepada yang lain.


Allah berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud, “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah.


Media melabel dan mengatakan bahawa umat Islam adalah seorang terrorist (pengganas). Maka saya katakan, ”Setiap umat Islam mestilah menjadi seorang terrorist.” Terrorist secara definisinya ialah, ”Someone who cause terror,” yang bermaksud ”seseorang yang menyebabkan ketakutan.” Apabila seorang pencuri melihat seorang polis, dia akan berasa takut. Justeru bagi puncuri itu, polis tersebut adalah seorang terrorist.

Di dalam konteks ini, setiap kali seorang pencuri, atau perogol, atau mana-mana individu yang anti-sosial melihat seorang muslim, dia sepatutnya berasa takut. Kiata seharusnya memasukkan perasaan takut ke dalam hati orang yang merosakkan masyarakat.


Inilah yang disebutkan oleh Allah di dalam surah al-Anfal ayat 60 yang bermaksud, ”Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu...”

Perkataan terrorist pada hari ini biasanya akan digunakan untuk merujuk kepada mereka yang menggunakan keganasan terhadap orang awam yang tidak bersalah. Di dalam konteks ini, tidak ada seorang Muslim pun yang boleh menjadi terrorist terhadap orang lain.


Mereka seharusnya hanya menjadi terrorist terhadap mereka yang melakukan kekacauan di dalam masyarakat sahaja, seperti pencuri, perompak, perogol dan sebagainya. Kemudian barulah kita dapat mencapai keamanan yang sebenar di atas muka bumi ini.


Pada awal abad ke-18 telah berlakunya Revolusi Amerika. Pada masa yang sama, ramai orang-orang Amerika yang berjuang untuk mendapat keerdekaan. Akhirnya pada 1776 mereka mendapat kemerdekaan. Dan antara mereka yang paling bersemangat ialah Benjamin Franklin dan George Washington. Pada waktu itu mereka mereka dilabel oleh kerajaan British sebagai terrorist nombor satu.


George Washington, yang dahulunya dilabel sebagai terrorist nombor satu, beberapa tahun kemudiannya menjadi Presiden Amerika. Bayangkanlah, terrorist nombor satu menjadi presiden Amerika!!! Beliau juga menjadi contoh yang diikuti oleh presiden-presiden selepas beliau, termasuk George W. Bush.


Contoh seterusnya ialah Nelson Mendela, sebelum Amerika Selatan ditubuhkan dan dilepaskan oleh White Aparteid Government, beliau juga dipenjarakan oleh kerajaan tersebut selama 25 tahun. Beliau juga dilabel sebagai terrorist nombor satu.


Beberapa tahun kemudian, selepas mereka dibebaskan dari cengkaman White Aparteid Government, dia telah dinaikkan sebagai Presiden Afrika Selatan dan kemudiannya mendapat anugerah keamanan Nobel.

Beliau tidak mendapat anugerah tersebut atas sumbangan atas perbuatan yang lain. Maknanya, dia bukannya menjadi terrorist dahulu, kemudiannya menjadi baik dan melakukan yang sama, di mana dia digelar sebagai terrorist kerana perbuatan itu, dia juga dapat anugerah Nobel.


Kita tahu ketika Hitler sedang menakluki Eropah, banyak negara, termasuklah Perancis tidak mahu memberikan kerjasama Bagi kerajaan Jerman, rakyat Perancis adalah terrorist.

Inilah bagaimana media massa boleh menukar daripada siang menjadi malam, hitam menjadi putih, hero kepada penjahat dan penjahat kepada hero. Pendek kata, apa sahaja yang dipaparkan oleh media akan menjadi ’Gospel Truth’.

Oleh Hasliza Hassan

GEJALA sosial yang melanda masyarakat hari ini semua bertitik tolak daripada lemahnya akidah yang menjadi benteng untuk menangkis apa juga serangan bertujuan menggugat tahap keimanan serta keteguhan hati umat Islam.

Justeru, pendakwah terkenal, Siti Nor Bahyah Mahamood meminta ibu bapa memperkukuhkan akidah anak melalui didikan dengan menerapkan nilai murni menerusi contoh teladan amalan harian yang dilaksanakan sebagai Muslim sejati.

Sebagai panduan, katanya, ibu bapa boleh menjadikan wasiat Lukman al-Hakim kepada anak lelakinya untuk memimpin anak mereka membina akidah serta keyakinan dalam menghadapi hidup kian mencabar.
“Didikan oleh bapa yang hebat seperti Lukman yang diceritakan dalam al-Quran adalah panduan terbaik boleh ditiru ibu bapa hari ini kerana wasiat beliau bukan untuk mencegah tetapi untuk mengelak berlaku perkara tidak diingini.

“Sebab itu, walau senang manapun ibu bapa itu, mereka wajar membiarkan anak berdikari kerana ada kalanya kesenangan boleh membawa bencana seperti dipaparkan dalam filem Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee, Anakku Sazali,” katanya.

Beliau yang memberi ceramah bertajuk ‘Mencegah lebih baik daripada menghukum’ pada majlis kuliah agama anjuran bersama Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) MKM turut menggariskan perkara perlu ada serta dielakkan dalam usaha mendidik anak remaja.

Siti Nor Bahyah berkata, kehidupan remaja hari ini banyak dipengaruhi tiga unsur iaitu hiburan (keseronokan), fesyen serta makanan yang jika tidak dikawal atau dibimbing ibu bapa boleh menyebabkan mereka terjebak dalam perkara negatif.

Katanya, tidak dinafikan naluri remaja cenderung kepada hiburan dan mereka akan menjadi resah jika tidak mendengar lagu tetapi ibu bapa bertanggungjawab menapis jenis atau bentuk hiburan yang didengar.

Begitu juga fesyen pakaian mereka yang sepatutnya mencerminkan nilai ketimuran, bukan mengambil apa saja disogokkan Barat yang ternyata tidak sesuai dengan budaya masyarakat di negara ini.

Sementara makanan ringan atau segera yang kini sebati dengan gaya hidup masyarakat hari ini turut menyumbang kepada masalah anak menjadi hiperaktif serta tidak mahu mendengar cakap ibu bapa mereka.

“Inilah tiga perkara saya kategori sebagai 3F iaitu fun, fashion, food, yang melanda anak remaja dan perlu diberi perhatian serius oleh ibu bapa supaya ia tidak mendatangkan masalah nanti kerana kita mahu mengambil langkah awal untuk mengelak,” katanya.

Katanya, bagi mencegah menular gejala negatif di kalangan remaja, tujuh perkara perlu diberi perhatian bukan saja ibu bapa, malah semua anggota masyarakat kerana mereka memikul tanggungjawab melahirkan generasi bertakwa dan kaya dengan nilai murni.

Tujuh perkara itu ialah menjaga solat; sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah; memberi salam; mencurahkan kasih sayang; sabar menghadapi ujian; bersungguh-sungguh dalam beramal dan mendidik diri menjadi suami, isteri, ibu, bapa serta anak yang salih.

Siti Nor Bahyah berkata, memberi salam nampak mudah dan ada kala dianggap sebagai perkara remeh sedangkan amalan itu mempunyai nilai tersirat yang perlu diketahui kerana salam adalah ucapan ahli syurga.

Katanya, selain mendapat pahala, amalan memberi salam mempunyai nilai tambah kerana ucapan salam itu sendiri sudah lengkap mengandungi doa yang memohon keselamatan, rahmat serta keberkatan.

“Kenapa anak terjebak dengan perkara negatif adalah disebabkan ketandusan kasih sayang. Akhirnya mereka mencari kasih sayang di luar dan apabila salah cari kawan, itu yang mereka melakukan perkara tidak sepatutnya.

“Oleh itu, tidak adil jika kita menghukum remaja sedangkan puncanya mungkin disebabkan daripada kita sendiri. Ibu bapa perlu banyak sabar dalam mendidik anak dan bersungguh-sungguh memastikan mereka sentiasa dibimbing ke jalan mencari keredaan Allah,” katanya.

Pada majlis yang dihadiri kakitangan MKM, ahli Puspanita MKM, pelajar peringkat diploma maktab berkenaan dan kakitangan Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Siti Nor Bahyah turut berkongsi tips dengan memberi ayat al-Quran untuk melembutkan hati anak.

Beliau berkata, ibu bapa digalakkan membacakan surah al-Hasyr, ayat 21 dan surah asy-Syura ayat 19, kemudian ditiup di ubun anak sebagai doa supaya mereka mudah mendengar kata.

Selain itu, Siti Nor Bahyah menggaris tujuh perkara yang perlu dielakkan supaya usaha mencegah anak daripada terjebak gejala negatif dapat dilaksanakan dengan berkesan serta mencapai matlamat diharapkan.

Pertama, meninggalkan maksiat dan kaedah terbaik mengajak anak supaya meninggalkan perbuatan maksiat ialah melalui contoh ibu bapa sendiri yang sentiasa memelihara diri daripada terjebak dengan perbuatan tidak bermoral.

Seterusnya ialah penyakit malas, suka menonton atau membaca bahan yang sia-sia, suka atau mudah marah, membuang masa dengan melepak, makan makanan yang haram dan jangan menderhaka kepada Allah serta sesama manusia.

“Semua ini ialah perkara negatif yang perlu dihindari dan caranya ialah dengan mempelajari bagaimana untuk mengawal diri. Jika anak kita malas belajar, beri dorongan dengan menjanjikan hadiah seperti yang saya lakukan dengan anak saya.

“Hilangkan sifat cepat marah atau jika hendak marah, biar bertempat. Elakkan makanan haram bukan saja daripada aspek bahan yang dimakan tetapi punca rezeki dipastikan daripada sumber yang halal,” katanya.

Siti Nor Bahyah turut berpesan kepada hadirin supaya jangan sekali-kali menjadi anak derhaka kepada ibu bapa kerana balasannya cukup hebat dengan menceritakan kisah kecacatan seorang anak disebabkan menderhaka kepada ibunya.

Artikel ini dipetik dari laman berikut:

http://aferiza.wordpress.com/2008/02/15/mengelak-anak-jadi-remaja-bermasalah/

Hukum merokok berdasarkan Islam

Soalan: Saudara, saya ini lebih kurangnya melawat Bombay, saya telah melawat beberapa tempat di Bombay, dan beberapa masjid, saya ada perasan saudara Islam yang kadang kala saya berasa sungguh sedih apabila saya nampak mereka keluar dari masjid, Mashaallah, berjanggut, memegang rokok dan merokok seperti belon yang meletup. Bagaimana kamu yakinkan non-Muslim (tentang perbuatan merokok itu haram atau tidak) memandangkan kamu ialah pendakwah Islam.


Jawapan dari Dr. Zakir: Soalan sebentar tadi adalah tentang beliau pergi ke banyak masjid, melihat ramai Muslim keluar sambil merokok. Beliau menanyakan pendapat samada ianya betul atau tidak. Pertama sekali, merokok adalah dibenarkan atau tidak. Terdapat banyak fatwa yang dikeluarkan. Fatwa yang dikeluarkan sebelum ini menyatakan ianya adalah makruh berdasarkan dengan pengetahuan yang mereka ada. Tetapi sekarang, ilmu sains semakin maju. Para sarjana telah berubah pendirian. Berdasarkan dari ayat al-Quran Surah Al-Baqarah ayat ke 195: ” Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”. Berdasarkan kajian yang dijalankan pada hari ini, mengikut persatuan sedunia,terdapat lebih sejuta orang setiap tahun yang hanya meninggal kerana asap rokok. 90% daripada jumlah orang yang mati kerana penyakit paru-paru, adalah disebabkan oleh asap rokok dan 70% daripada kadar kematian dari penyakit bronkus (bronchitis) adalah disebabkan dari asap rokok. 25% dari kadar kematian penyakit jantung juga adalah disebabkan dari asap rokok. Ianya tidak mendatangkan apa-apa kecuali keracunan secara perlahan. Berdasarkan fatwa terkini, mereka menyatakan merokok adalah haram kerana al-Quran menyatakan: ”janganlah kamu menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan”. Tambahan pula, merokok bukan sahaja mengancam dirimu, ianya juga boleh mengancam orang di sebelah kita. Kerana penyelidikan yang dijalankan menyatakan yang isteri seorang perokok lebih cenderung untuk menghidapi kanses paru-paru kerana mereka telah menjadi perokok sekunder. Perokok sekunder ialah perokok yang menghisap asap rokok yang dihembus dari perokok primer. Terdapat banyak penyakit yang datang dari merokok. Ianya menghitamkan bibir, gigi, kerosakan pada gusi, jari menghitam ianya merosakkan tekak, mendatangkan sembelit, kehilangan ingatan dan banyak lagi. Berdasarkan dari hasil kajian ini, dan berdasarkan lebih dari 400 fatwa, mengatakan yang merokok adalah haram. Tidak kiralah ianya bagus atau tidak, ianya tetap tidak dibenarkan di dalam Islam. Penghujung jawapan.....


Jawapan dari: Dr Zakir Abdul Karim Naik

Terjemahan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun (sedang kepeningan)

Jawapan Dr Zakir Naik kepada soalan pendengar ceramah beliau.


Bertemu janji berdasarkan hukum Islam. Jika bertemu janji ala moden, dengan melakukan sesuatu yang kita anggap dating adalah tidak dibenarkan. Berjumpa sesama sendiri di luar, pergi ke taman bersendirian dengannya, menonton wayang dan duduk di kerusi terakhir. Menonton wayang adalah salah inikan berdua-duaan di kerusi terakhir. Biasanya perkara yang selalu kita lakukan ini adalah tidak dibenarkan di dalam Islam. Perkara ini (yang dibenarkan) lebih kepada cinta sebelum berkahwin. Tidak melakukan apa-apa hanyalah cinta sebelum berkahwin. Itu tidak mengapa. Bahkan Nabi juga ada mengatakan ianya adalah Sunnah untuk melihat (menjaga dan ambil berat) orang yang bakal dikahwini. Ianya tidak bermaksud kita tidak boleh bergaul dengannya atau tidak boleh memilih, Nabi bersabda jika kita ingin memilih jalan hidup terdapat 4 perkara dalam memilih seseorang. Pertama, kemuliaan akhlak, kedua ialah kekayaan, kemuliaan (darjat), dan kecantikan. Yang terbaik adalah kemuliaan akhlak. Jadi ianya bermaksud kita boleh berjumpa jika pihak perempuan mahu jadikan suami dan pihak lelaki ingin jadikannya isteri. Akan tetapi, ketika berjumpa mesti ada seorang ’mahram’ yang bersama. Sama ada kakak atau adik perempuan si lelaki. Abang atau adik lelaki si perempuan. Nabi bersabda jika 2 orang yang berlainan jantina yang bukan ’mahram’ bersendirian tanpa orang ketiga itu adalah syaitan. Jadi, dengan mengekalkan kesopanan dan batasan hijab, sudah tentunya kita boleh bertemu dengan bakal suami atau isteri. Bergaul, bertukar pandangan dan dan berbincang. Tiada masalah. Bercakap sekali, dua kali, tiga kali, satu jam, dua jam tetapi bukannya di taman sendirian, di panggung wayang, Mc Donald adalah dibenarkan. Masih di dalam konteks syariah, kamu sememangnya boleh berjumpa, boleh memilih dan menolak (reject). Boleh reject dan cari orang lain tetapi masih dalam konteks syariah Islam. Jadi jika dilakukan mengikut konteks syariah adalah tidak mengapa kerana itu adalah Sunnah. Jadi ini bukannya dipanggil dating. Di dalam Islam dating tidak dibenarkan. Jika kamu memanggilnya dating, itu adalah haram. Sekian pada seoalan tersebut...


Gaya bahasa dan ceramah dari: Dr. Zakir Abdul Karim Naik

Diterjemah oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun

Sebenarnya tidak perlu diperkatakan. Bukan sahaja dibincangkan di dalam ceramah di masjid malah isu ini telah dibangkitkan di seluruh dunia. Isu pemakaian telah menjadi isu yang sering menjadi bualan hangat oleh kebanyakannya pihak non-muslim yang sering menyangkal penceramah pihak Islam ketika berceramah.


Sebenarnya sudah berbuih mulut mengatakan yang pakailah pakaian yang menutup aurat. Yang dengar tu baguslah. Tapi pihak yang keras kepala inilah yang merupakan ‘black sheep’ di dalam Islam. Black sheep dari segi maksudnya ialah kambing hitam, dari segi istilah black sheep itu sendiri mempunyai maksud yang tersendiri. Black sheep di sini bermaksud golongan orang-orang yang mencacatkan sesuatu yang indah dan baik. Diringkaskan, golongan inilah yang membuatkan Islam dipandang serong oleh masyarakat Muslim ataupun non-Muslim.


Sedang menahan bas, berseluar separa pendek, memakai baju ketat dengan sweater, tidak bertudung, dan auratnya bocor sana sini. Begitulah pemandangan yang saya lihat ketika berada di dalam kereta untuk hendak pulang ke Changkat Jong, Teluk Intan. Sekali imbas dari jauh, nampak macam orang non-Muslim. Makin dekat, muka macam orang melayu. Dekat sikit lagi, nampak macam perempuan. Bila dah berselisih, segala pertanyaan terjawab. Seorang muslim, jantina perempuan, anak melayu tetapi berpakaian seperti orang ¾ (tiga suku). Ibu saya yang sedang memandu pun masih sempat bertanya, “budak melayu ke tu??? Nampak macam Cina je”. Saya pun menjawab, “a’ah, budak melayu. Dah tak ada adab berpakaian. Tak fikir batasan agama dah tu. Fikir gaya jee”. Mula-mula fikir, betul ke tak apa yang saya katakan tadi. Sekali fikir mungkin saya keterlaluan. Aahh… Itu semua hasutan syaitan. Orang macam nih tak boleh dibagi muka. Kalau boleh, time tu juga saya nak beri ceramah dan teguran. Kerana sesungguhnya Nabi SAW mengatakan, “Barang siapa melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Sekiranya dia tidak mampu, hendaklah mengubahnya dengan lidah, dan sekiranya dia tidak mampu, hendaklah mengubahnya dengan hati”. Tapi apakan daya, saya berada di dalam kereta yang bergerak. Nak tegur dah terlambat, jadi tindakan terbaik adalah mengubahnya dengan hati iaitu dengan membenci perkara tersebut.


Alam sekolah menengah sememangnya alam persekolahan yang boleh dianggap paling menyeronokkan. Tetapi di alam ini jugalah para remaja mula mengenal dunia dan terikut-ikut trend zaman sekarang. Sekali lagi, the ladies are going to be the main title.

Orang tua-tua selalu mengatakan, “nak jaga sekandang lembu lagi senang dari bela seorang anak perempuan”. Trend pakai kain singkat atau lebih dikenali dengan panggilan kain banjir… Sudah banyak kali saya menegur pemakainya tetapi masih macam tuuu jugak… Hmmm… Saya pun tak faham, apelah yang nak ditunjukkan kaki tu??? Cantik sangat ke??? Sepatutnya dijagalah kaki tu. Katakanlah sedang asyik berkain singkat, tiba-tiba Allah tarik balik kurniaan kaki kita tu. Terus tak ada kaki. Dah kudung. Hmphhh… Kesian. Lepas tu ada pulak trend stoking pendek. Sebenarnya stoking pendek tu dicipta oleh orang non-Muslim bagi kegunaan mereka. Kita yang Islam pula ambil ciptaan mereka tu dan lepas tu kita pun nak jadi non-Muslim. Semuanya dah jadi serba tak kena. Yang perempuan kenalah pakai stoking panjang yang masih boleh menutup aurat walaupun kain terselak menampakkan buku lali kala ditiup angin. Yang boleh pakai stoking pendek ni sebenarnya lelaki. Tetapi sekarang ni dah terbalik, lelaki pakai stoking panjang sebab banyak chips more kat kaki tu. Huh???????? Semuanya sudah di luar tabi’i…..


Sebenarnya masih banyak yang perlu diperbetulkan. Ilmu yang kita ada sebenarnya masih terlalu sedikit kerana kejahilan diri dan juga lumrah manusia yang bersifat pelupa. Kita sebenarnya perlu mendampingi guru dan para ulama’ untuk menjamin kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat. Sekian dari saya, Muhammad Azim, Wassalam…

Cuba bayangkan situasi ini. Seorang pelajar mengambil senaskhah surat khabar di atas meja, sementara menunggu pensyarah memulakan pengajaran. Kemudian, di lihat olehnya, pada muka hadapan akhbar tersebut. Gambar sekumpulan khinzir, bersama seorang budak kecil lelaki. Gambar tersebut bertempat di sebuah ladang, di Kaherah, selepas kerajaan Mesir memberi arahan untuk membunuh beribu-ribu ekor khinzir, ekoran daripada penyakit selsema babi yang kini sedang melanda dunia. Terkeluar ayat dari mulut pelajar tersebut, "eiyy.. Geli nya." Segera surat khabar itu di lepaskan daripada pegangan. Si kawan melihat akhbar tersebut, sambil berkata di dalam hati, "oo, babi ke? Tak pasal-pasal je makhluk ni kena bunuh."
Penularan penyakit ini telah menyebabkan haiwan yang dikelaskan sebagai mamalia ini, dituduh sebagai punca utama. Lantas penghapusan terhadapnya dilakukan oleh beberapa negara seperti Mesir dan Iraq. Namun, World Health Organization (WHO), dalam kenyataan yang bertarikh 1 Mei 2009, telah menyatakan bahawa pada peringkat ini, tiada lagi perpindahan jangkitan berlaku antara khinzir dan manusia. Kenyataan ini sedikit sebanyak dapat menyelamatkan beribu-ribu ekor lagi khinzir yang mendiami bumi ini daripada terus dibunuh. Adakah dunia akan aman tanpa khinzir? Sebelum kita melangkah lebih jauh, baik kita selidiki bagaimana soalan ini boleh timbul. Adakah kerana baru-baru ini dunia dikejutkan dengan penyebaran influenza A (H1N1)? Sekali lagi ingin dibawa maklumat daripada WHO bahawa, pada waktu ini, tiada jangkitan virus yang berlaku daripada khinzir kepada manusia. Malah, dilaporkan di Kanada, manusia sendiri yang telah membawa virus ini kepada ternakan khinzir. Jadi, apa yang boleh disimpulkan untuk tempoh masa ini ialah penyebaran wabak ini datangnya daripada manusia, kepada manusia. Maka, perlukah kita menuding jari kepada haiwan ini sahaja, seolah-olah mereka lah punca utama pembawakan virus ini? Kerajaan Mesir dan Iraq telah mengambil langkah mudah dengan menghapuskan sebilangan haiwan ini supaya wabak tersebut tidak akan singgah di negara mereka. Akhirnya tindakan ini dipersoalkan oleh WHO.Jika begitu, apakah lagi? Mengapakah perlunya dikaitkan ‘keamanan dunia' dan ‘khinzir'? Sedangkan sebelum ini, peperangan banyak terjadi antara manusia, dan ianya berlaku di atas muka bumi ini. Adakah dengan meletusnya peperangan, dunia menjadi aman? Tentu tidak! Penindasan dan penghapusan terhadap sekelompok kaum natif atau etnik di sesebuah kawasan, adakah itu namanya keamanan? Apakah namanya keamanan jika ada yang menderita dan terseksa di saat si penguasa bermaharajalela? Jika mahu dikaitkan dengan keamanan dunia sejagat, banyak lagi perkara yang perlu difikirkan, bukan hanya melibatkan sekumpulan haiwan yang kebiasaannya selsema babi ini bermula daripada mereka. Penciptaan dan kejadian khinzir sebagai makhluk Tuhan di atas bumi ini bukanlah sesuatu yang sia-sia. Hal ini adalah kerana semua ciptaan-Nya ada kelebihan dan kegunaannya yang tersendiri. Kita sebagai manusia, sememangnya perlu sedar akan apa tanggungjawab kita di atas muka bumi ini. Kita diperintahkan oleh Pencipta kita Yang Maha Satu, untuk mentadbir dan menjaga alam sebaik yang mungkin. Manusia sebagai makhluk yang dikurniakan dengan akal yang sempurna, perlu menggunakan nikmat tersebut dengan sebaik yang mungkin. Mata digunakan untuk melihat dan otak akan mentafsir setiap inci penglihatan kita. Telinga digunakan untuk mendengar. Tangan, kaki dan setiap anggota badan manusia, punyai kegunaannya yang tersendiri dan perlu untuk dikawal penggunaannya oleh individu tersebut. Mengapa? Kerana dari tangan dan kaki manusia lah alam ciptaan Tuhan kini berada di ambang bahaya. Pencemaran alam dek tangan yang tidak berusaha untuk memeliharanya dengan baik. Penipisan ozon, di mana punca utamanya ialah pembebasan kloroflorokarbon (CFC) sehingga terbentuknya ‘lubang ozon' di Antartika sekitar tahun 1985. Tidak ketinggalan juga, dengan adanya ilmu dan penggunaan teknologi yang tidak terkawal, manusia sendiri yang menanggung akibat, seperti penyakit selsema babi ini.Dinyatakan di dalam surah Al-Imran, ayat 191.
(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, seraya berkata "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka. Melalui ayat ini jelas menunjukkan bahawa mereka yang benar-benar memerhatikan apa yang ada di sekeliling mereka, mahupun apa yang ada pada mereka, akan mengakui kebesaran Penciptanya. Sekaligus, mereka akan menghargai dan berusaha untuk memelihara. Ungkapan "prevention is better than cure"Dewasa ini permintaan terhadap penghasilan daging semakin meningkat iaitu selari dengan penambahan populasi penduduk dunia. Daging yang dimaksudkan tidak terhad kepada daging yang halal bagi umat Islam sahaja, bahkan semua daging yang menjadi sumber protein manusia. Antaranya termasuklah daging babi. China sebagai contoh, membelanjakan anggaran $52 million untuk pembinaan pusat pemprosesan daging babi yang dijangka dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran tahunan kepada 136,000 tan metrik. Di United Kingdom (UK), satu kajian telah dilakukan sebagai usaha untuk meningkatkan lagi mutu daging babi bagi tujuan pemakanan penduduk yang terlibat. Bukan itu sahaja, satu kempen pemasaran babi turut diadakan di UK pada September 2007, dengan tujuan menggalakkan orang ramai menjadikan daging babi sebagai bahan makanan. Penggunaan teknologi di dalam penghasilan daging-daging ini bukan lagi sesuatu yang dagang. Amerika Syarikat misalnya, telah menggunakan kaedah teknologi pemindahan gene (gene transfer) ke dalam haiwan bagi meningkatkan penghasilan daging ke atas sekolompok haiwan. Terdahulu, kajian telah dijalankan ke atas seekor tikus untuk menguji keberkesanan pemindahan gene tersebut terhadap pertumbuhan otot tikus. Hasilnya yang positif dan memberangsangkan menyebabkan kajian dan pemindahan gene ini diteruskan kepada organisma yang lain.Jika dilihat secara kasar, pasti ramai yang akan bersetuju dengan penggunaan teknologi ini. Kenapa tidak? Bukankah teknologi ini mampu menyediakan pasaran jualan daging yang luas kepada pengguna? Melalui teknik dan kaedah ini, haiwan yang dihasilkan akan membesar dengan masa yang singkat kerana pertumbuhan ototnya telah dirangsang dan ditambah pula dengan kehadiran gene baru, yang pasti akan meningkatkan lagi pertumbuhan ototnya. Jadi bolehlah pengguna membeli, memasak dan menjadikannya sebagai hidangan, tanpa perlu berfikir masalah kekurangan stok bekalan. Hal ini adalah kerana stok yang dikehendaki sentiasa mencukupi dan jarang sekali untuk sukar didapati. Lambakan haiwan yang telah mengalami ‘pembaharuan' gene dalam tubuh badan mereka menjadikan pengguna mewah untuk memberi makan kepada tubuh masing-masing.Di New Zealand sebagai contoh. Isu perpindahan gene ini merupakan isu yang agak penting, memandangkan penduduk natif di negara tersebut, iaitu Maori, amat sayang kepada alam mereka. Hal ini adalah kerana bagi penduduk Maori, mereka dan alam tidak boleh dipisahkan dan diciptakan sebagai satu. Jadi, apabila berlakunya pemindahan gene dari satu organisma ke organisma yang lain, hal ini sedikit sebanyak akan mengkucar-kacirkan carta alir keturunan yang sudah tersedia terbentuk. Maka, apabila terhasilnya satu ‘organisma baru' (yang sebenarnya hanyalah pertukaran gene), hal ini akan menjejaskan seluruh keturunan bagi spesis tersebut. Tidak kira tumbuhan mahupun haiwan. Jadi, sebagai langkah untuk mengambil kira pandangan daripada kaum Maori ini, Kementerian Penyelidikan, Sains dan Teknologi negara tersebut, telah menubuhkan satu badan untuk mengambil kira pandangan dari penduduk Maori ini. Menurut sebuah akhbar tempatan New Zealand yang bertarikh 1 Mei 2009, The Dominion Post, di bahagian ‘World', pada waktu ini, masa yang paling singkat untuk kitar hidup seekor ayam ialah 40 hari sahaja. Permintaan pasaran yang meningkat untuk memenuhi keperluan makanan penduduk, sedikit sebanyak membuatkan si peladang terasak. Pemberian hormon dan antibiotik kepada haiwan ternakan berlaku hampir kepada semua peladang. Dalam masa 40 hari, seekor ayam itu boleh menjadi besar dan seterusnya boleh disembelih untuk memenuhi permintaan pasaran yang meningkat dari sehari ke sehari ini. Namun, adakah kita pasti penggunaan hormon dan antibiotik ini, dapat menjamin kesihatan ayam tersebut? Baiknya penggunaan hormon ini ialah ia mampu merangsang penghasilan daging dan telur yang banyak kepada pengguna. Tetapi, bagaimana pula dengan keadaan kesihatan ayam tersebut apabila terlalu banyak hormon ‘dimasukkan' kedalam tubuh mereka?Bukan itu sahaja, apabila penghasilan haiwan melalui teknik agrikultur ini menjadi banyak, ia menyumbang kepada penyebaran pathogen, sama ada sesama mereka mahupun kepada manusia. Apabila terlalu banyak haiwan yang perlu dijaga di dalam sebuah reban atau kandang, adakah kita merasakan ianya sesuai untuk pertumbuhan mereka yang normal? Haiwan ini perlu berasak-asak di dalam kandang, dimana tidak mustahil sesuatu penyakit yang dihidapi oleh hanya seekor, akan senang tersebar kepada haiwan yang lain di dalam kandang tersebut. Cuba kita lihat kembali sejarah selsema babi ini. Sebenarnya wabak ini telah lama wujud di atas muka bumi ini. Cuma, sebelum ini, wabak ini tidak menular kepada populasi manusia secara terbuka. Hanya mereka yang menternak dan terlibat secara langsung dengan penternakan khinzir, mempunyai potensi untuk mendapat wabak ini. Tetapi kini, virus influenza A subtype H1N1 nampaknya merebak dalam kalangan manusia. Bahkan laporan mengatakan bahawa virus ini sebenarnya dibawa oleh manusia. Wabak ini dengan mudahnya merebak ke seluruh dunia melalui penyebaran pathogen oleh seorang manusia kepada manusia yang lain. Maka, bagaimana seseorang manusia itu boleh mendapat wabak ini? Mungkinkah akibat ‘termakan' haiwan yang berpenyakit, ekoran daripada penjagaan yang kurang sempurna? Ataupun kerana ‘terkena' virus daripada haiwan yang berpenyakit di dalam kandang yang kurang sempurna?Bagi mereka yang beragama Islam, pastinya mereka akan lebih peka kepada perkataan ‘termakan'. Hal ini adalah kerana memakan daging haiwan berkenaan, ditegah oleh agama. Semestinya, Allah tidak mengarahkan sesuatu dengan sia-sia, kerana Dia Mengetahui apa yang tidak diketahui oleh hamba-hamba-Nya.Di dalam surah Al-Maidah, ayat 3, Allah berfirman,
Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan daging (haiwan)yang disembelih bukan atas (nama) Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih... Sejauh mana manusia cuba untuk memanipulasi dan mengubah sesuatu kejadian itu untuk menjadikannya lebih berkualiti, lebih enak mahupun lebih banyak dari segi kuantiti; tetapi jika Tuhan mengatakan ianya tidak sesuai untuk dimakan, maka, ia perlu untuk dijauhi. Apa guna ia dibiakkan kepada suatu jumlah yang besar, jika kelak akan menyebarkan penyakit kepada manusia. Apa guna ia dimasukkan dengan gene yang baru untuk tujuan mendapatkan daging yang lebih banyak, jika kelak ianya akan menyebarkan virus berbahaya kepada kehidupan dunia. Apa yang paling penting ialah, jika kita benar-benar punya perasaan empati, mengapa perlu ditempatkan haiwan-haiwan ini di dalam kawasan yang kurang kondusif? Yang akhirnya akan membawa kepada penyebaran penyakit dengan mudah sesama mereka, akhirnya akan menyusahkan kita dan kehidupan lain.Namun, perkembangan teknologi dalam bidang agrikultur tidak perlu disalahkan sepenuhnya. Hal ini adalah kerana ada beberapa peringkat di mana perkembangan ini sangat diperlukan. Terutama sekali dalam pemuliharaan alam sekitar yang melibatkan organisma benda hidup seperti spesis tumbuhan yang semakin berkurang populasinya. Spesis ini akan ‘dibiakkan' untuk menghasilkan anak pokok yang banyak, seterusnya dapat menampung kembali sistem ekologi dunia. Walaupun mungkin timbul beberapa isu daripada perkara ini, tetapi, paling tidak, cara ini tidak melibatkan pemakanan dan pemindahan gene daripada organisma kepada organisma yang lain. Ia hanya melibatkan penghasilan gene yang banyak daripada satu organisma. Bioteknologi adalah satu bidang yang mendatangkan manfaat kepada manusia jika ianya betul-betul dipraktikkan untuk kesejahteraan semua organisma di muka bumi. Ada yang bertanya, "jadi, apakah kegunaan babi?". Tahukah kita bahawa untuk beberapa peringkat, haiwan ini boleh menyelamatkan nyawa kita? Haiwan ini mamalia, begitu juga dengan manusia. Jadi, pihak saintis dan penyelidik, menggunakan haiwan ini sebagai bahan ujikaji. Contohnya, untuk mendapatkan penawar kepada sesuatu penyakit. Para penyelidik akan mengambil gene yang terlibat, kemudian di masukkan ke dalam haiwan tersebut. Penyakit yang sama akan dihidap oleh haiwan tersebut, tetapi, apabila penawar telah dijumpai, ianya akan diuji kepada haiwan tersebut. Apabila ia benar-benar berkesan, kemudian barulah penawar tersebut akan diperkenalkan kepada manusia. Mungkin cara ini dianggap ‘kurang berhati perut', tetapi, sekurang-kurangnya kaedah ini dapat menyelamatkan manusia daripada menjadi bahan uji kaji. Bahan uji kaji yang kadang kala, tidak dapat ditentukan keberkesanannya.Selain itu, terdapat juga beberapa makmal di universiti-universiti yang menggunakan organ dan sel daripada haiwan ini sebagai spesimen. Spesimen ini akan berfungsi untuk mendedahkan kepada pelajar dan pengajar tentang apa yang terdapat di dalam setiap bahagian organisma hidup. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan kefahaman para pelajar tentang ilmu teori mereka.Keamanan dunia ataupun pemusnahannya sebenarnya amat bergantung kepada manusia. Hal ini adalah kerana manusia lah yang menjadi pentadbir dan makhluk yang berakal di atas bumi ini. Manusia juga yang menentukan buruk atau baik kesan yang akan diterima oleh mereka dan hidupan lain, jika sesuatu perkara itu dilakukan. Jadi, di tangan manusia terletak segalanya, cuma hasil yang baik akan didapati jika apa yang dikerjakan benar-benar mengikut hukum alam yang ditetapkan oleh Tuhan Yang Maha Pencipta.

3 golongan awal ke neraka

Dari: Muhd Alif Aaisa

Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba ABU HURAIRAH menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan. Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.TALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''. Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''
Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''."Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~

Saya rasa saya tahu kenapa ramai remaja yang tak dapat terima couple tu HARAM……..Macamana kamu nak terima couple tu haram kalau diri tengah mabuk dan khayal melayan perasaan yang sia-sia(couple) tu????kalau benda tu sia-sia dah tentu la syaitan suka,kalau dah syaitan suka dah tentu syaitan tak nak kamu tinggalkan perkara tu..Maklumlah syaitan pun dah anggap kamu sebagai ahlinya yang baru.Tiba-tiba tengah kamu asyik bercinta ada pula orang yang cakap COUPLE tu HARAM..Memang pelik la dengar couple tu haram sedangkan mak ayah dulu pun bercinta(couple)..tapi kamu penah tanya kat mak ayah kamu tak macamana mereka bercinta???Agak-agak mereka bercinta masa bila???Takkan mereka couple masa sekolah rendah@menengah sedangkan masa tu nak keluar rumah pun susah.Ada ke mak ayah kamu bercinta pegang-pegang tangan??ada ke mak ayah kamu dulu bercinta sampai cium-cium???melampau betul yang sampai cium-cium tu!!!!dah tak takut dosa ke???kalau kamu ditakdirkan mati masa kamu tengah buat benda-benda hina tu macamana???kamu dapat apa buat perkara turkutuk tu???dapat puaskan nafsu kamu tu je kan???bukan dapat tambah pahala kamu pun.Apa la kamu ni,kalau ditegur lebih-lebih nanti kamu cakap kubur masing-masing.Kamu tau tak kalau kamu buat perkara hina tu mak ayah kamu yang disoal masa di akhirat???takka kamu nak heret mak ayah kamu pergi neraka disebabkan dosa kamu tu???Alasan kamu bila dibagitau couple tu haram,Eh kenapa haram?saya tak buat apa-apa pun selama kami couple ni,kami cuma call dan main sms je takkan tu pun haram???memang kamu Cuma call dan main sms je..tp kamu call makwe@pakwe kamu takkan lah buat suara ganas???dah tentu kamu buat suara romantik,kamu yang dengar suara tu pun dah dikira zina telinga…macamana pula dengan main sms??kamu kalau main sms takkan la tak cakap pasal perasan kamu contohnya ‘saya rindu la kt abg’…nanti mesti si lelaki balas ‘abg pun rindu awk’..kalau dah cakap rindu dan saying tu dah termasuk dalam zina hati yang memang tak dapat elak.di dalam AL-Quran pun dah tertulis di dalam surah AL-Isra’ yang bermaksud:Janganlah kamu mendekati zina kerana zina itu ialah satu perkara yang hina’.Dah jelas kalau kamu bercouple atau bercinta kamu tak dapat elakkan zina hati..Sedangkan mendekati zina pun dah berdosa apatah lagi kalau kamu lakukan zina?dah tentu kamu berdosa.Konklusinya,takkan la kamu nak terus berdosa disebabkan couple??sanggup kamu kumpul dosa dan tanggung azabnya diakhirat dengan sebab kamu couple??Fikirkalah,kamu dah besar dah tahu mana yang membawa ke SYURGA dan yang mana membawa kamu ke NERAKA..Buatlah keputusan mengikut kehendak iman dan jangan mengikut kehendak nafsu semata-mata.Kembalilah ke jalan yang diredhai Allah sebelum terlambat.Insyallah.

Disediakan oleh: Muhammad Nurul Azmi bin Koyube

Dari: Muhammad Azim bin Haji Hamidun

TRAGEDI seperti ini sudah banyak terjadi dikalangan remaja. Tak payah fikir jauh-jauh, fikirkan diri sendiri atau rakan terdekat. Kenapa saya berkata ‘remaja banyak bangga dengan dosa’? Mari baca kisah pemerhatian saya.

Pada suatu hari, sedang aku meronda-ronda menaiki motor aku sambil mencari mood dan angin malam, aku melihat ramai orang di dewan. Aku mengubah haluan ku ke dewan itu. Sedangku melintasi dewan tersebut, aku menoleh ke kiri dan tiba-tiba aku terpandang pasangan romantis sedang berbual-bual sambil berpegang-pegangan tangan. Aku menoleh dan terus menoleh. Aku tenung pasangan tersebut dengan pandangan yang agak tajam hanya sedikit tumpul kerana masih di atas motor. Aku tenung dan terus ku tenung. Akhirnya aku mendapat respon dari pasangan tersebut.

Mereka melihat aku kembali dengan muka pelik kerana melihat reaksi aku yang sedang melihat mereka di situ mengumpul dosa. Aku melepasi mereka, dan masih ku tenung gelagat mereka. Tenunganku membuat mereka segan dan tidak memandangku lagi, tetapi tangan masih tidak dilepaskan. Macam tak ada apa yang berlaku. Macam aku ni suka je tengok diorang tu. Dah la dekat tempat open, buat maksiat lagi tu. Mashaalllah, aku tenung bukan sebab aku sangap atau suka tengok aksi tu, tapi aku nak buat tenungan insaf yang selalu aku buat kat kawan aku kalau diorang dating kat sekolah. Tapi kali ni tak jadi lah… SOB, SOB… Tapi betul tak cakap aku?? Remaja sekarang ni banyak yang bangga kat dosa diorang. Mungkin la apa yang diorang buat tu bagi pandangan diorang sesuatu yang cool. Sebab tak ade orang yang penah buat macam tu. Macam bangga la diorang pegang-pegang tangan. Kononnya diorang tu Orang Puteh la konon.. Romantis.. Hmph… Romantis taik kucheen.. Tak pe lah.. Mungkin kemungkaran tu aku tak boleh nak cegah.. Jadi adalah kewajipan aku untuk mencegahnya dengan hati. Dan aku juga doakan yang diorang tu dapat hidayah, petunjuk dan kesedaran dari Allah SWT atas tindakan diorang dan mudah-mudahan diorang akan insaf dan akan kembali ke pangkal jalan.

Irsyadee feat. Hafiz Hamidun - Taubat Seorang Hamba

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun a.k.a. azim6709 Artis: Irsyadee feat. Hafiz Hamidun

All For Ummah - Sentosa (For The Peace Of Gaza)

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun a.k.a. azim6709 Komposer/lirik: Hafiz Hamidun Artis: All For Ummah Editor: Khairul Nizam bin Haji Hamidun