Kata pendahuluan

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah diizinkan kami membuat blog yang bertemakan Islam. Tujuan kami mewujudkan blog ini adalah untuk membongkar tentang gejala sosial yang tidak ada batasan lagi bagi remaja Islam sekarang. Kami berharap agar blog ini mendapat sambutan daripada umat Islam dan bukan Islam. Dengan izin Allah s.w.t blog ini akan dapat memberi banyak manfaat dan ilmu yang kalian akan diperolehi. Akhir kalam dari kami,kami memohon maaf jika ada kesilapan secara tidak kami sengajakan. Doakan kejayaan kami ini. Shukran.

Al-Quran With Jihad For Islam

Tiada masa untuk membaca al-Quran di rumah? Mungkin kerana kesibukan kerja. Kini al-Quran didatangi dengan versi flash yang boleh diselak seperti helaian al-Quran. Al-Quran secara maya ini dibawakan khas oleh quranflash.com dan boleh diakses dengan lebih mudah dengan menekan link di bawah:

Jihad For Islam Al-Quran Versi Flash

Al-Fatihah

CINTA OH CINTA…

Cinta adalah isu lama, selama kewujudan Nabi Adam a.s. melihat sepasang burung yang bercinta, tumbuhlah perasaan itu di dalam hati baginda. Allah S.W.T menciptakan Siti Hawa a.s. untuk melengkapkan perasaan tersebut.

Malangnya cinta kepada makanan (buah khuldi) dalam taman larangan yang menjadi lambang nafsu kehidupan duniawi menyebabkan baginda dicampakkan ke dunia.

Dan cinta juga yang menaikkan semangat Nabi Adam a.s. untuk menyeberangi Titian Adam (Adam’s Bridge) dari puncak pergunungan Sri Lanka ke benua kecil India. Lantas baginda mengharungi hutan belantara , melangkahi banjaran gunung ganang, menapak padang pasir dan merentas benua.

KORBAN PERCINTAAN

Kesusahan ini melambangkan korban percintaan semata-mata untuk bertemu kekasihnya Siti Hawa di Padang Arafah. Sedangkan Siti Hawaa cuma berkorban kesusahan penderitaan perjalanan dari Jeddah (di mana Siti Hawa diturunkan dari Syurga) ke Padang Arafah. Padang Arafah merupakan simbol penyatuan umat seluruh dunia. Di situ jugalah Rasulullah menyampaikan Khutbatul Wida’ (Khutbah Terakhir) sebelum wafat.

Cinta bertemu di Padang Arafah. Kecintaan kepada Allah berhimpun di Padang Arafah. Dan Rasulullah menyimpulkan kecintaan baginda kepada umatnya juga di Padang Arafah.

PENCABULAN CINTA

Begitu sucinya cinta, justeru kenapa dicabuli umat akhir zaman dengan perlakuan murahan. Cinta akhir zaman bercampur baur dengan nafsu kehaiwanan. Namun cinta sejati tetap ujud. Selagi bulan dan matahari bersinar cahaya, selagi matahari belum terbit di ufuk barat, pertembungan sifat malaikat dan syaitan ini akan bertarung di medan syahadah.

Orang yang berjaya mengawal nafsunya akan dikalungkan dengan mahkota cinta suci. Tetapi orang yang tewas hanya mendapat cinta murahan dan nikmat sementara yang tetap akan disoal oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak.

CINTA MURAHAN

Pelakonnya manusia, pentasnya dunia. Di sebelah kanan terdapat juri malaikat amalan kebaikan. Di sebelah kiri terdapat juri malaikat amalan kejahatan.

Sayang seribu kali sayang, anak muda generasi siber kini amat mudah tertarik dengan pujuk rayu syaitan. Syaitan yang membawa peralatan yang lengkap seperti wanita, harta, dan takhta. Syaitan menggunakan media globalisasi sejagat disokong oleh konco-konconya yang bernama hiburan, dadah, kemodenan, dan isme-isme yang karut marut.

Anak remaja hari ini perlukan jati diri yang mantap dan pendirian yang kukuh. Dada mereka mesti didinding oleh iman yang utuh. Mulut mereka mesti dibasahi dengan zikrullah dan ayat-ayat suci al-Quran serta hadis Nabi. Jasad mereka harus dibesarkan dengan rezeki yang halal lagi bermutu.

RAJA HATI

Anggota pancaindera mesti bergerak atas arahan raja hati (qalb) nan sejahtera. Seluruh sinaran mata, pendengaran telinga, sentuhan jari jemari, hembusan nafas turun dan naik bertasbih kepada Allah S.W.T., tunduk dan patuh kepada perintah-Nya.

Natijah dari insan-insan yang lahir dari kelompok ini barulah mampu berhadapan dengan pancaroba dunia hari ini.

SALAHKAH BERCINTA???

REMAJA selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah tabi’e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah naluri (instinct) setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya. Jika salah, masakan tuhan mengurniakan rasa cinta? Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dikurniakan-Nya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan.

Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Justeru, DIA juga telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia, khususnya para remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya ’cinta terlarang’ – yakni cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan dari Allah

Ketika itu fitrah akan bertukar menjadi fitnah. Bila kehendak tabi’e tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan Allah, maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Jadi janganlah kita hanya mengakui cinta itu dari Allah, tetapi akuilah juga adaNya peraturan cinta – yang juga datang dari Allah.

JANGAN PUTUS ASA DALAM MENCARI... ORANG YANG BAIK.

INSYA-ALLAH AKAN DITEMUI.

”SAYANGILAH SIAPA SAJA YANG ADA DI BUMI, NESCAYA KALIAN DISAYANGI SESIAPA SAJA YANG ADA DI LANGIT.”

-Hadis riwayat At-Thabrani dan Al-Hakim.

Hasil nukilan: Muhammad Azim bin Haji Hamidun

Presiden Jihad For Islam.

Diambil dan diolah dari novel ‘Tentang Cinta’ karya Pahrol Mohd. Juoi.

0 Comments:

Post a Comment



Irsyadee feat. Hafiz Hamidun - Taubat Seorang Hamba

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun a.k.a. azim6709 Artis: Irsyadee feat. Hafiz Hamidun

All For Ummah - Sentosa (For The Peace Of Gaza)

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun a.k.a. azim6709 Komposer/lirik: Hafiz Hamidun Artis: All For Ummah Editor: Khairul Nizam bin Haji Hamidun