Kata pendahuluan

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah diizinkan kami membuat blog yang bertemakan Islam. Tujuan kami mewujudkan blog ini adalah untuk membongkar tentang gejala sosial yang tidak ada batasan lagi bagi remaja Islam sekarang. Kami berharap agar blog ini mendapat sambutan daripada umat Islam dan bukan Islam. Dengan izin Allah s.w.t blog ini akan dapat memberi banyak manfaat dan ilmu yang kalian akan diperolehi. Akhir kalam dari kami,kami memohon maaf jika ada kesilapan secara tidak kami sengajakan. Doakan kejayaan kami ini. Shukran.

Al-Quran With Jihad For Islam

Tiada masa untuk membaca al-Quran di rumah? Mungkin kerana kesibukan kerja. Kini al-Quran didatangi dengan versi flash yang boleh diselak seperti helaian al-Quran. Al-Quran secara maya ini dibawakan khas oleh quranflash.com dan boleh diakses dengan lebih mudah dengan menekan link di bawah:

Jihad For Islam Al-Quran Versi Flash

Al-Fatihah

Ceramah yang disampaikan oleh Dr. Zakir Naik di World Trade Centre, Dubai, United Arab Emirates pada 13 Oktober 2005.

Kita tahu pada hari ini bahawa media antarabangsa sama ada media cetak, media audio, media video, komputer atau IT, surat khabar antarabangsa, majalah antarabangsa, siaran radio, laman web, ataupun siaran televisyen banyak menyiarkan maklumat yang salah mengenai agama Islam. Banyak salah faham mengenai agama Islam disebarkan mealui medium media antarabangsa ini.

Kita boleh dapati siaran berita antarabangsa ada yang menyatakan, ” War on Terror” (Peperangan Menentang Kebebasan) atau ”War for Peace” (Peperangan Untuk Mencapai Keamanan). Sebenarnya, apa yang mereka sedang lakukan bukannya ”War For Peace”, tetapi ”War On Peace”, ataupun perang ke atas ’Agama Yang Membawa Kesejahteraan’, iaitu Islam.

Kita dapati pada hari ini, bahawa media massa antarabangsa secara umumnya menggambarkan bahawa Islam merupakan yang membawa keganasan; sebuah agama yang tidak mahukan keamanan di dunia ini.

Malangnya, umat Islam pada hari ini tidak melakukan sebarang respon terhadap kenyataan media yang mempunyai banyak teknik dalam menyebarkan fahaman yang salah mengenai agama Islam.

Strategi pertama: Mengambil contoh ’Kambing Hitam’ dalam masyarakat Islam dan menggambarkan mereka sebagai ’muslim contoh’.

Secara tidak langsung mereka menggambarkan bahawa Islam adalah sebuah agama yang menggalakkan perbuatan yang salah ini. Kita tidak boleh menafikan bahawa terdapat ’kambing hitam’ di dalam masyarakat Islam.

Terdapat sebahagian umat Islam yang melakukan perbuatan yang salah dan dilarang. Tetapi media antarabangsa tidak sepatutnya mengambil contoh beberapa orang ini untuk mengatakan bahawa Islam menggalakkan pengikutnya melakukan perkara yang bertentangan dengan konsep kemanusiaan.

Kita juga tahu bahawa media pada hari ini sibuk menggembar-gemburkan bahawa madrasah-madrasah perlu diharamkan. Mengapa? Kerana sistem madrasah melahirkan individu-individu yang melakukan keganasan dan mencabar keamanan sejagat. Tetapi alhamdulillah, saya berpeluang untuk mengenali ribuan individu yang keluar dari sistem madrasah Islam, namun saya tidak pernah berjumpa dengan seorang pun yang menggalakkan serta melakukan keganasan.

Namun ia tidak bermakna bahawa tidak ada dari kalangan mereka yang keluar dari sistem madrasah yang melakukan perkara yang salah ini. Mungkin ada sebilangan kecil, tetapi saya yakin bilangan mereka adalah kurang dari 1%. Namun pihak media masih lagi menyebarkan fahaman bahawa mereka yang keluar dari madrasah ini kesemuanya pengganas yang tidak suka kepada keamanan di dunia ini.

Sejarah memberitahu kita pada hari ini bahawa individu yang membunuh paling ramai manusia di dalam dunia adalah Adolf Hitler. Ini adalah pengetahuan am. Tetapi sila beritahu saya dari madrasah mana Hitler dikeluarkan? (Tepukan)

Kumpulan mafia yang ada pada hari ini... Pengedar dadah terbesar di dunia... Dari madrasah manakah mereka dikeluarkan? Perhatikanlah senarai penjenayah-penjenayah yang paling top di dunia, dari madrasah mana mereka datang?

Saya tidak mahu mengambil kira label yang diberikan oleh pihak media kepada pengganas nombor satu yang dilakukan tanpa sebarang bukti. Saya mahukan mereka yang sudahpun berada di dalam penjara; mereka yang benar-benar telah dibuktikan bersalah. Dan saya yakin anda akan mampu jumpa walau seorang pun dari mereka yang datang daripada sistem madrasah. Malah sebahagian mereka merupakan graduan yang lahir daripada sistem universiti yang formal dan sistematik.

Jika seseorang itu mahu menilai agama Islam, dia tidak boleh menilai berdasarkan perbuatan penganut-penganutnya atau kelakuan masyarakat Islam secara umumnya. Jika seseorang itu mahu menilai agama Islam, dia haruslah menilai berdasarkan sumber yang sah iaitu al-Quran dan Hadis yang sahih. Saya mencabar anda semua untuk tunjukkan kepada saya mana-mana ajaran daripada al-Quran dan Hadis yang bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat.

Bayangkan jika anda ingin menguji sebuah kereta yang terbaru di pasaran, seperti contoh Mercedes-Benz 600. Tetapi pemandunya tidak tidak cekap dan tidak tahu memandu kereta tersebut dengan betul lalu mengalami kemalangan. Siapakah yang akan dipersalahkan? Kereta atau pemandunya? Sepatutnya pemandunyalah yang patut dipersalahkan. Anda tidak boleh mempersalahkan kereta tersebut.

Jika anda ingin menguji sesebuah kereta, anda harus lihat kepada spesifikasi kereta tersebut. Berapakah kelajuannya, apakah ciri-ciri keselamatan yang dimiliki... Kemudian barulah anda dapat mengetahui sama ada bagus atau tidak kereta tersebut. Dan jika sesebuah kereta ingin dipandu uji, anda haruslah meletakkan pemandu yang pakar di tempat duduk pemandu.

Begitu juga dengan Islam. Jika anda ingin menilai agama Islam berdasarkan sifat-sifat yang dimiliki oleh pengikutnya, contoh terbaik yang kita ada ialah Nabi Muhammad s.a.w. (Tepukan). Jangan lihat kepada saya mahupun mana-mana penganut Islam, lihatlah kepada individu yang ’pakar’ dan tahu untuk menuruti seluruh ajaran Islam, dan individu tersebut ialah Nabi dan Rasul yang terakhir, iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Strategi Kedua: Mereka merujuk ayat-ayat al-Quran luar dari konteks asalnya

Antara ayat al-Quran yang paling banyak dirujuk luar dari konteks ialah ayat dari surah At-Taubah ayat 5 yang bermaksud, ”Bunuhlah orang-orang musyrik di mana sahaja kamu menjumpai mereka.” Dan jika kamu buka al-Quran, ayat tersebut memang benar-benar ada di situ. Namun, ayat ini sebenarnya telah diambil luar dari konteksnya.

Konteks ayat ini yang sebenar bermula beberapa ayat sebelumnya, yang menyebutkan tentang perjanjian damai yang dilakukan antara orang-orang Islam dan kaum musyrikin Mekah pada zaman nabi. Namun perjanjian ini telah dimungkiri oleh kaum musyrikin Mekah.

Justeru, ketika Allah mewahyukan ayat ke-5 dari surah At-Taubah, Allah telah pun memberikan amaran kepada mereka dan memberikan tempoh selama 4 bulan untuk memperbaiki keadaan dan mematuhi perjanjian, jika tidak perang akan diisytiharkan.

Kemudian di dalam medan peperangan, Allah berkata kepada umat Islam supaya jangan takut dan gentar. Beranikan diri dan bunuhlah orang-orang musyrik di mana sahaja kamu menjumpainya.

Mana-mana general askar sekalipun, ketika memberikan semangat kepada pasukan askarnya sebelum memulakan peperangan, adalah satu kebiasaan untuk mengatakan, ”Bunuhlah pasukan musuh walau di mana sahaja kamu menjumpai mereka.” Dia tidak akan mengatakan, ”Di mana sahaja kamu menjumpai musuh, menyerahlah untuk kamu dibunuh.” Justeru ayat 5 dari surah Taubah ini merujuk kepada konteks di dalam suasana peperangan. (Tepukan)

Saya beri contoh peperangan yang berlaku antara Amerika dan Vietnam beberapa tahun dahulu, ketika Presiden Amerika mengatakan pada askar-askar Amerika untuk menaikkan semangat mereka, ”Di dalam medan peperangan, jika kamu menjumpai orang Vietnam, bunuhlah mereka.”

Tetapi jika saya ambil ayat ini luar dari konteksnya dan mengatakan Presiden Amerika memerintahkan untuk membunuh orang-orang Vietnam di mana sahaja kamu menjumpainya pada hari ini, maka saya seolah-olah mengatakan bahawa beliau merupakan pembunuh kejam. Kerana apa? Kerana kenyataan ini telah diambil luar dari konteks asalnya.

Kebiasaan seterusnya ialah mereka meletakkan titik (pengakhiran) kepada satu-satu ayat al-Quran ataupun melompat ke beberapa ayat seterunya sehingga memberikan makna yang berbeza. Sebagai contoh, Arun Shourie, seorang penulis, ahli politik dan pengkritik yang berasal dari India, di dalam bukunya ’The Worls of Fatwas’, selepas menjelaskan ayat 5 dalam surah At-Taubah, terus melompat ke ayat 7. Anda tahu mengapa? Kerana ayat ke-6 mengandungi penyelesaian terhadap masalah yang beliau timbulkan.

Ayat 6 surah Taubah bermaksud, ”Dan jika seseorang dari kaum musyrik mahukan perdamaian, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar ayat-ayat Allah kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang aman.”

Seorang pegawai tentera yang paling baik pada hari ini pun hanya akan mengatakan, ”Jika seseorang musuh mahukan pendamaian dari kamu, maka lepaskan dia. ”Tetapi al-Quran tidak begitu. Al-Quran mengatakan kaum musyrikin inginkan perdamaian, jangan biarkan mereka begitu sahaja. Beri mereka perlindungan supaya mereka sempat mendengar keterangan-keterangan Allah, kemudian hantarlah mereka ke mana-mana tempat yang aman.

Seterusnya, jika kamu perhatikan kebanyakan ayat di dalam al-Quran, ketika memperkatakan tentang peperangan, ayat berikutnya adalah ”Tetapi keamanan atau perdamaian itu adalah lebih baik,” kerana Islam adalah agama kesejahteraan.

Strategi Ketiga: Memberi maksud yang salah kepada ayat al-Quran ataupun hadis Nabi.

Strategi Keempat: Menisbah sesuatu yang bukan daripada agama Islam kepada Islam.

Strategi Kelima: Menyatakan sesuatu fakta yang benar mengenai Islam, tetapi memberikannya sudut yang berbeza.

Apa yang mereka katakan sebagai masalah kepada umat manusia, iaitu ”Islam adalah masalah kepada umat manusia”, namun sebenarnya Islam bukanlah masalah kepada umat manusia, tetapi penyelesaian terhadap masalah umat manusia. (Tepukan)

Saya boleh memberikan satu lagi ceramah mengenai ”Islam, penyelesaian dan bukannya masalah kepada umat manusia”, tetapi masa tidak mengizinkan saya untuk membuat demikian. Namun, inilah dia strategi-strategi yang digunakan oleh media massa untuk memburuk-burukkan imej Islam.

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun

0 Comments:

Post a Comment



Irsyadee feat. Hafiz Hamidun - Taubat Seorang Hamba

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun a.k.a. azim6709 Artis: Irsyadee feat. Hafiz Hamidun

All For Ummah - Sentosa (For The Peace Of Gaza)

Disediakan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun a.k.a. azim6709 Komposer/lirik: Hafiz Hamidun Artis: All For Ummah Editor: Khairul Nizam bin Haji Hamidun