Soalan: Saudara, saya ini lebih kurangnya melawat Bombay, saya telah melawat beberapa tempat di Bombay, dan beberapa masjid, saya ada perasan saudara Islam yang kadang kala saya berasa sungguh sedih apabila saya nampak mereka keluar dari masjid, Mashaallah, berjanggut, memegang rokok dan merokok seperti belon yang meletup. Bagaimana kamu yakinkan non-Muslim (tentang perbuatan merokok itu haram atau tidak) memandangkan kamu ialah pendakwah Islam.
Jawapan dari Dr. Zakir: Soalan sebentar tadi adalah tentang beliau pergi ke banyak masjid, melihat ramai Muslim keluar sambil merokok. Beliau menanyakan pendapat samada ianya betul atau tidak. Pertama sekali, merokok adalah dibenarkan atau tidak. Terdapat banyak fatwa yang dikeluarkan. Fatwa yang dikeluarkan sebelum ini menyatakan ianya adalah makruh berdasarkan dengan pengetahuan yang mereka ada. Tetapi sekarang, ilmu sains semakin maju. Para sarjana telah berubah pendirian. Berdasarkan dari ayat al-Quran Surah Al-Baqarah ayat ke 195: ” Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”. Berdasarkan kajian yang dijalankan pada hari ini, mengikut persatuan sedunia,terdapat lebih sejuta orang setiap tahun yang hanya meninggal kerana asap rokok. 90% daripada jumlah orang yang mati kerana penyakit paru-paru, adalah disebabkan oleh asap rokok dan 70% daripada kadar kematian dari penyakit bronkus (bronchitis) adalah disebabkan dari asap rokok. 25% dari kadar kematian penyakit jantung juga adalah disebabkan dari asap rokok. Ianya tidak mendatangkan apa-apa kecuali keracunan secara perlahan. Berdasarkan fatwa terkini, mereka menyatakan merokok adalah haram kerana al-Quran menyatakan: ”janganlah kamu menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan”. Tambahan pula, merokok bukan sahaja mengancam dirimu, ianya juga boleh mengancam orang di sebelah kita. Kerana penyelidikan yang dijalankan menyatakan yang isteri seorang perokok lebih cenderung untuk menghidapi kanses paru-paru kerana mereka telah menjadi perokok sekunder. Perokok sekunder ialah perokok yang menghisap asap rokok yang dihembus dari perokok primer. Terdapat banyak penyakit yang datang dari merokok. Ianya menghitamkan bibir, gigi, kerosakan pada gusi, jari menghitam ianya merosakkan tekak, mendatangkan sembelit, kehilangan ingatan dan banyak lagi. Berdasarkan dari hasil kajian ini, dan berdasarkan lebih dari 400 fatwa, mengatakan yang merokok adalah haram. Tidak kiralah ianya bagus atau tidak, ianya tetap tidak dibenarkan di dalam Islam. Penghujung jawapan.....
Jawapan dari: Dr Zakir Abdul Karim Naik
Terjemahan oleh: Muhammad Azim bin Haji Hamidun (sedang kepeningan)